MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Lineup Pasukan PH MLBB Sukan SEA 2023 Diumumkan

ai hyprgame
Kongsi
Lineup Pasukan PH MLBB Sukan SEA 2023 Diumumkan

Selain Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Professional League MPL, Dunia esukan kompetetif turut disibukan dengan persediaan pasukan atau pemain ke Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Malahan ada juga pemain atau ahli pasukan yang sepatutnya beraksi di MPL masing-masing, Di tugaskan untuk mewakili Sukan SEA di Kemboja 2023 demi kontijen negara mereka.

Salah satu pasukan yang menarik perhatian ramai adalah pasukan Filipina, Pasukan ini sudah bersiap sedia untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA sebelum ini.

Malahan mereka juga sudah mengumumkan Roster lengkap divisi MLBB PH yang terdiri daripada hampir kesemuanya adalah pemain daripada Bren Esports.

Pasukan Esports Kebangsaan Filipina atau lebih dikenali sebagai Sibol turut mengumumkan secara rasminya yang divisi ini akan diwakili oleh pemain muda dan veteran dengan terajunya Francis Glindro (Duckey). Duckey yang merupakan jurulatih kepada Bren Esports akan mengadaptasi pengalamannya itu kepada kontijen Filipina kategori MLBB Sukan SEA 2023 ini.

Untuk pengetahuan anda pasukan Filipina pernah menjadi pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak dua kali sehingga digelarkan sebagai juara bertahan. Pemain Blacklist International sebelum ini berjaya mendominasi MLBB Sukan SEA yang lalu.

Acara Sukan SEA kategori Mobile Legends dijangkakan berlangsung daripada 5 hingga 17 Mei di Phnom Penh, Kemboja dengan ramai lagi pasukan daripada negara lain turut bersaing mendapatkan pingat masing-masing.

Selain Duckey yang berperanan sebagai jurulatih, Juara dunia M2 World Championship yang lain iaitu Angelo Kyle Arcangel (Pheww), Michael Angelo Sayson (KyleTzy), Rowgien Stimpson Unigo (Owgwen), Marco Stephen Requitano (Super Marco), David Charles Canon (FlapTzy), Dan Nowee Cabailo Macasa (Ryota) yang datang daripada Onic PH akan berjuang membawa pulang pingat emas buat Filipina di Sea Games 2023 nanti.

Kredit : ABS-CBN News Channel

Diharapkan kelainan yang diberikan oleh jurulatih pasukan MLBB Sea Games 2023 ini dengan meletakan dominasi ahli pasukan Bren Esports mampu memberikan kekuatan kontijen PH ketika bersaing dengan yang lain. Malahan gabungan antara pasukan Bren Esports, Juara Dunia M4 Echo Esports, Onic PH , Dan Gamelab akan memberikan aksi atau persembahan terbaik di Land of Dawn Sukan SEA 2023.

Ikuti Hyprgame di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk update lebih lanjut!

Ikuti Funbet8 untuk peluang taruhan olahraga dan esports terbaru!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *