MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Trailer Penuh PUBG X KL GANGSTER Dilancarkan Julai 2022 !

ai hyprgame
Kongsi
Trailer Penuh PUBG X KL GANGSTER Dilancarkan Julai 2022 !

Semestinya masih ramai lagi yang belum mengetahui tentang permainan peranti mudah alih popular PUBG Mobile akan berkolaborasi dengan KL Gangster yang merupakan filem aksi Malaysia yang terkenal. Trailer pendek 30 saat yang dimuat naik oleh PUBG Mobile menampilkan karakter KL Gangster seperti Shark dan Malek berlawan didalam permainan PUBG Mobile ini.

Untuk pengetahuan anda, kolaborasi yang diumumkan oleh  Permainan mudah alih popular, PUBG Mobile dengan filem pecah panggung tempatan, iaitu KL Gangster ini merupakan kolaborasi pertama mereka dengan filem tempatan.

Sejak 12 Jun 2022 baru-baru ini, trailer PUBG Mobile X KL Gangster  yang berdurasi 30 saat ini telah mencapai 199,521 tontonan. 

Trailer berdurasi 30 saat ini sudah cukup membuat peminat PUBG Mobile berdebar kerana berkonsepkan filem KL Gangster yang menampilkan karakter terkenal iaitu Aaron Aziz sebagai Malek, dan Syamsul Yusof sebagai Shark. 

Pertempuran didalam trailer ini berlatarbelakangkan Petalin Street sebuah tempat yang terkenal di ibu kota Kuala Lumpur, Malaysia.

New collaboration PUBG MOBILE with KL GANGSTER - Bilibili
Kredit : BiliBili

Wah, nampaknya setelah sekian lama Malek dan Shark akan bertemu kembali menemui anda peminat PUBG Mobile khususnya dengan aksi pertempuran yang memukau. 

Rata-rata netizen memberikan komen yang positif menyokong kolaborasi epik ini. Mereka berpendapat PUBG Mobile dan kolaborasi kali ini akan memberikan pengalaman yang menyeronokkan didalam permainan ini kelak.

Setakat ini, tarikh rasmi akan video penuh kolaborasi PUBG Mobile dan KL Gangster ini belum lagi diberitahu umumnya. 

Jadi sukar untuk kita semua mengagak tentang kandungan apakah yang bakal ditawarkan kepada pemain menerusi kolaborasi ini. 

Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana seperti yang diiklankan di Youtube rasmi PUBG Mobile Malaysia telah memberikan tanda yang trailer penuh akan ditayangkan dalam bulan Julai 2022 tidak lama lagi.

Apakah PUBG Mobile akan menjanjikan kandungan menarik yang bertemakan filem blokbuster KL Gangster ini nanti? Kita tunggu dan lihat kolaborasi yang mengejutkan ini!

PUBG Mobile sudah kini sudah boleh diakses bagi penggunaan IOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Peminat kini sedang membayangkan tentu sahaja ada senjata yang menyeronokkan dengan tema KL Gangster di PUBG Mobile nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *