MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

ION Esports Dibubarkan

ai hyprgame
Kongsi
ION Esports Dibubarkan

Terkini ION Esports sudah melepaskan semua pemain PUBG Mobile mereka dan mengumumkan pembubaran pasukan ION Esports dalam scene kompetetif PUBG Mobile tanah air. Apakah mereka akan membentuk nama baru bagi tournament yang akan datang ?

Walaupun telah menjadi Juara PMPL ID Spring April 2022 yang lalu, keputusan yang dibuat oleh ION Esports untuk membubarkan pasukan ini amatlah menghairankan. 

Kredit : Instagram ION Esports

Pelbagai persoalan menjadi tanda tanya kerana ION Esports mempunyai ramai pemain yang berbakat dan kuat didalam pasukan ini. 

Kita lihat beberapa orang pemain ION Esport seperti Genfos pernah mendapat Pingat Emas buat Indonesia ketika Sukan Sea Hanoi baru-baru ini.

ION Esports are the champions of the PMPL Indonesia Spring 2022 - Dot  Esports
Kredit : Dot Esports

Selain Genfos, Miseryy juga tidak kurang hebatnya apabila hebat beraksi di PMPL ID Spring 2022 April lalu. 

Apakah kurangnya prestasi ketika di PMPL SEA 2022 baru-baru ini yang menyebabkan mereka berada ditangga ke-14 membuatkan mereka hilang motivasi sekaligus menjadi penyebab kepada pembubaran ION Esports ini?

Semasa Sukan SEA Hanoi baru-baru ini Genfos bermain dengan pasukan lain, prestasinya juga cukup cemerlang ketika itu.

Mungkin ketika di Sukan SEA pemain bermain bersama pasukan lain yang bukan dalam kalangan pasukan ION Esports itu sendiri. Ini boleh jadi salah satu sebab pembubaran pasukan ION Esports ini.

Kredit : Youtube Starlest

ION Esports mungkin dibubarkan bagi membentuk divisi baru dalam arena kompetetif PUBG Mobile ini. 

Bermain bagi dua kejohanan yang berbeza juga mempunyai cara permainan dan perspektif yang berbeza juga. Hal ini amatlah dititikberatkan bagi menjadi kestabilan prestasi pasukan PUBG Mobile itu sendiri.

Belum lagi habis dengan berita ION Esports dibubarkan, kini terdengar pula khbar angin yang mengatakan Genfos akan menyertai divisi PUBG Mobile yang lain iaitu Bigetron. Bigetron kini sedang giat mencari pemain baharu bagi mengisi roster mereka.

Pembubaran pasukan ION Esports ini telah diumumkan secara rasminya melalui Instagram mereka sendiri. 

Semoga pembubaran ini dapat membentuk semula divisi PUBG Mobile yang baru dimana bekas-bekas pemain ION Esports yang hebat ini akan bersatu semua di kejohanan musim akan datang. Selamat maju jaya ION Esports!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *