MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Team SMG Serap Bekas Pemain Orange Esports

ai hyprgame
Kongsi
Team SMG Serap Bekas Pemain Orange Esports

Terkini Team SMG telah mengumumkan Roster penuh mereka secara rasminya di akaun media sosial kepada semua peminat esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Roster ini akan bersaing di MPL Malaysia Musim Ke-11 dengan nafas baharu bersama bekas pasukan Orange Esports. Walaubagaimanapun anda sebagai peminat tidak perlu khuatir kerana Team SMG juga mengekalkan pemain sedia ada bagi memberikan kelainan di musim baharu ini.

Team SMG menyerap Stormie, Subway dan Valenz daripada Orange Esports dengan mengekalkan Haru, Loong, Sasa, Smooth, ZaimSempoi, Dan Nuar didalam posisi masing-masing.

Untuk pengetahuan anda, Bekas pemain Orange Esports juga pernah berkhidmat kepada Team SMG di musim yang lalu. Jadi mereka sudah cukup saling mengenali antara satu sama lain dan mudah menyesuaikan diri dengan Roster terkini ini.

Menerusi muatnaik hantaran di media sosial dan LIquipedia, Haru akan bertindak sebagai Jurulatih Team SMG dengan bantuan Loong sebagai Analis. Manakala Sasa akan bertindak sebagai Kapten pasukan, ZaimSempoi ( Middle), Smooth (EXP Laner), Nuar(Roamer), Stormie (Middle), Subway (Jungler), Dan Valenz (Gold Laner).

Pernah bermain buat Team Orange Esports sejak 2021 sebelum menyertai Team Haq sebagai Analis di M4 World Championship yang lalu, Valenz atau nama sebenarnya Luk Jun Yip kini meneroka pengalaman baharu bersama Team SMG sebagai Gold Laner di MPL MY S11 nanti.

Manakala Subway dan Stormie pula pernah menyertai Team SMG pada 16 Februari 2022 yang lalu sebelum berpindah ke Orange Esports pada Julai 2022.

Team SMG merupakan organisasi esukan Asia yang tidak hanya dikenali menerusi Mobile Legends Bang Bang MLBB di Malaysia, Malahan juga terlibat didalam divisi PUBG Mobile, Peacekeeper Elite (China), AOV, Dota 2, Dan Valorant termasuk di Singapura. Organisasi ini sudah dikenali dan mendominasi hampir seluruh Asia Tenggara.

Pengumuman Roster terkini Team SMG telah memberikan pelbagai reaksi menarik daripada warganet sehinggakan mereka tidak sabar untuk melihat kekuatan Kombo Sasa dan Smooth sebagai Roamer terbaik. Malahan ada juga yang menyatakan dengan Roster baharu ini dapat memberikan lebih kekuatan kepada Team SMG di kejohanan seterusnya.

Adakah Team SMG akan memberikan saingan lebih sengit di Mobile Legends Bang Bang MLBB Professional League Malaysia MPL Musim Ke-11 nanti? Kita tunggu dan lihat !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *