MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kolaborasi Baharu Akan Datang Bersama Jujutsu Kaisen

ai hyprgame
Kongsi
Kolaborasi Baharu Akan Datang Bersama Jujutsu Kaisen
Kredit : Stanley Mark

Sebelum ini komuniti esukan kompetetif pernah disajikan dengan berita mahupun khabar angin yang permainan peranti mudah alih binaan Moonton iaitu Mobile Legends Bang Bang MLBB akan berkolaborasi dengan siri Manga Jepun iaitu Jujutsu Kaisen.

Terkini Moonton sekali lagi membuat hebahan yang Jujutsu Kaisen akan berkolaborasi dengan mereka di Mobile Legends Bang Bang MLBB di 2023 ini. Berita ini telah memberikan keterujaan kepada para penggemar sisi Jujutsu Kaisen sendiri kerana sudah sekain lama menunggu. Malahan info ini turut dikongsikan oleh akaun media sosial @realmobilelegendsid (Indonesia).

“Kolaborasi MLBB X Jujutsu Kaisen akan SEGERA HADIR!,” – realmobilelegendsid.

Kredit : MobileLegendsID

Kolaborasi MLBB X Jujutsu Kaisen ini akan dijangkakan hadir pada 18 Februari 2023 dengan beberapa hero daripada skin karakter Jujutsu Kaisen seperti Yin (Itadori Yuji) , Xavier (Gojo Satoru), Melissa (Nobara Kugisaki), Julian (Megumi Fushiguro), Dan mungkin banyak lagi.

Bahkan setelah pengumuman daripada Moonton ini dibuat di media sosial, Ramai pemain MLBB sudah tidak sabar ingin mendapatkan skin daripada karakter-karakter tersebut.

Hampir 2 tahun menunggu kehadiran Jujutsu Kaisen di Land of Dawn akhirnya Moonton telah memberikan kenyataan rasmi secara umum. Pentas pertarungan pasti akan lebih sengit dengan hero yang memiliki kemampuan sama dengan karakter Jujutsu Kaisen seperti Xavier yang mirip Gojo Saturo atau Melissa yang kelihatan seperti Nobara.

Peminat Mobile Legends Bang Bang MLBB turut galak mencipta kandungan tentang kolaborasi ini untuk berkongsi kepada penonton tentang keunikan skin-skin karakter Jujutsu Kaisen.

Kredit : Stanley Mark

Tambahan lagi dengan grafik seperti pakaian berkonsepkan Tokyo Metropolitan Jujutsu Technical High School akan memberikan efek hebat di Land of Dawn.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *