MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Rippo Dan Zaed Sertai RSG Slate MPL S11?

ai hyprgame
Kongsi
Rippo Dan Zaed Sertai RSG Slate MPL S11?

Bermula hanya sekadar khabar angin tentang Rippo yang ingin meneroka peluang bersama pasukan lain, Kemudian kenyataan rasminya tidak lagi bersama pasukan Bigetron Esports dan ingin berbakti semla buat Malaysia. Terkini media sosial dihujani khabar angin tentang dirinya yang akan menyertai RSG Slate MY bagi MPL MY S11 nanti.

Rippo atau nama sebenarnya Muhammad Arif Bin Abdul Halim merupakan pemain profesional Mobile Legends Bang Bang MLBB yang berkhidmat didalam pasukan Bigetron sebagai EXP Laner.

Pemain berasal Malaysia yang berusia 22 tahun ini juga pernah menyertai Geek Fam pada 2019 dan Aerowolf Jr pada 2020 sebelum menyertai Bigetron daripada Indonesia di pertengahan tahun 2020 sehinggalah sekarang.

Bersama Geek Fam dahulu Rippo pernah meraih juara MPL MY/SG S3. Malahan Rippo dapat memberikan persembahan yang baik bersama pasukan Bigetron Indonesia sehingga meraih Top 3 di MPL ID S6 dan MPL ID S7 sebagai Top 1. Perlawanan yang terakhir Rippo sertai bersama Bigetron sebelum melangkah pergi daripada divisi ini adalah dengan memenangi Kohai Championship Mobile Legends Bang Bang di Top 1 pada November 2022 lalu.

Rippo sangat dikenali didalam kalangan komuniti esukan kompetetif ini sebagai
King of Taunting kerana berjaya membawa Bigetron Esports meraih pencapaian terbaik bagi kedua-dua musim MPL ID berturut-turut itu.

Sebelum ini Rippo pernah berkongsi dengan peminatnya di media sosial yang dia kembali ke Malaysia dan berniat untuk membantu pasukan Malaysia sekaligus berkongsi ilmu dipelajari dahulu semasa berkhidmat buat pasukan Indonesia BTR.

Rippo ingin menerapkan apa yang dipelajarinya, pengalaman kepada pasukan Malaysia agar mereka dapat mengaplikasikan skill tersebut didalam perlawanan MLBB Malaysia seperti MPL MY mahupun sehingga ke kejuaraan dunia.

Walaubagaimanapun Rippo belum lagi mengumumkan dengan pasukan manakah dia akan beraksi di MPL MY S11 nanti. Selain Rippo, Zaed yang merupakan pemain RED Esports sebelum ini turut terpalit khabar angin yang menyatakan dirinya akan menyertai RSG Slate MY bagi musim Mobile Legends Bang Bang MLBB Professional League MPL Malaysia musim Ke-11 nanti.

Peminat juga memberikan komen positif seperti menjangkakan yang Zaed akan menyertai RSG Slate MY kerana sebelum ini di Podcast DaddyHood (HomeBois) dan Sunfrost seakan memberikan “hint” atau tanda yang pemain RED Esports ini akan meneroka peluang baharu. Bakat dan kebolehan pemain MLBB ini pastinya akan memberikan kelebihan yang besar buat pasukan yang mereka sertai kelak.

RSG Slate MY pula merupakan pasukan esukan yang dibina hasil kolaborasi Team RSG dan Slate Esports. RSG Slate MY tidak hanya bergiat aktif didalam MLBB, Malahan didalam beberapa divisi lain seperti PUBG Mobile, Dota 2, Free Fire, CODM, Dan lain-lain lagi. Organisasi ini pada awalnya dibina di Singapura, Kemudian melebarkan cawangannya hampir seluruh Asia Tenggara seperti di Indonesia, Filipina dan Myanmar.

Setakat ini belum lagi ada sebarang pengumuman rasmi atau reaksi daripada mana-mana pihak berkepentingan berkenaan khabar angin kedua-dua bintang MLBB ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *