MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Blacklist Bon Chan Berehat Seketika Daripada MPL PH

ai hyprgame
Kongsi
Blacklist Bon Chan Berehat Seketika Daripada MPL PH

Menyertai pasukan Blacklist International Filipina sejak tahun 2020, Kristoffer Ed L. Ricaplaza atau juga dikenali sebagai Bon Chan didalam divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya di Filipina kini rasminya meninggalkan posisi Jurulatih MPL PH S11.

Kredit : BLACKLISTINTL

Posisinya sebagai jurulatih Blacklist International PH telah berkuatkuasa sejak 6 Februari 2023 semalam menerusi pengumuman di akaun media sosial rasmi pasukan ini.

“Kristoffer Ed “Bon Chan” Ricaplaza berehat di MPL Season 11 ini,” – Blacklist International

Setelah melalui pelbagai suka dan duka, kemenangan demi kemenangan akhirnya Bon Chan memutuskan untuk berehat seketika daripada dunia Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya di perlawanan utama Mobile Legends Bang Bang Professional League Musim Ke-11 MPL PH S11 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sepanjang penglibatannya bersama Blacklist International, Bon Chan telah menemani divisi ini menjuarai pelbagai acara termasuklah di MPL PH S7, MPL PH S8, MPL PH S10 dan M3 World Championship lalu.

Malahan setakat ini Blacklist International sendiri masih belum mengumumkan lagi Roster lengkap mereka di MPL PH S11 nanti. Walaubagaimanapun ada khabar angin tersebar yang pasukan ini masih mengekalkan 3 pemain sedia ada dan akan menyerap 3 lagi pemain baharu untuk MPL PH S11.

Tambahan lagi, Blacklist International masih lagi meletakan posisi Dexter Louise Cruz Alaba ( Dex Star) sebagai Analis, Dan Aniel Jiandani (Master The Basics) sebagai Pembantu Jurulatih.

Kredit : BLACKLISTINTL

Siapakah agaknya yang akan menjadi pengganti Bon Chan didalam divisi ini?

Blacklist International merupakan organisasi esukanyang terkenal di Filipina di bawah Tier One Entertainment. Selain Mobile Legends Bang Bang MLBB, Organisasi ini juga sebelumnya ada membina divisi PUBG Mobile, Free Fire, Dota 2, dan CODM.

Selepas M3 World Championship, Pasukan ini meneruskan momentun mereka beraksi di M4 World Championship sehingga ke peringkat Finale. Walaubagaimanapun mereka kalah dengan pasukan ECHO dan berjaya menamatkan perlawanan dikedudukan Naib Juara.

Apakah pembaharuan yang akan Blacklist International lakukan untuk menjadi juara di MPL PH seperti musim lalu sekaligus menebus kekalahan mereka di M4 baru-baru ini? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *