MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

ZEG Iris Mara Ke Playoff MLBB Women Invitational 2023

ai hyprgame
Kongsi
ZEG Iris Mara Ke Playoff MLBB Women Invitational 2023

Mobile Legends Bang Bang MLBB Invitational 2023 merupakan acara perlawanan yang menampilkan pasukan Wanita di seluruh Asia Tenggara dan juga merupakan acara pertama yang di hoskan oleh Moonton bagi musim baharu ini.

Terbahagi kepada Group Stage dan Playoffs, Acara ini telah membuka tirainya sejak 6 Februari 2023 yang kemudiannya di jangka tamat pada 12 Februari 2023 ini.

Seramai 10 pasukan bermain di peringkat kumpulan dengan melalui Bo1 yang akhirnya hanya melayakan 4 pasukan teratas ke babak Playoff. Kejohanan ini dilakukan secara hybrid iaitu secara Online dan Offline.

Untuk pengetahuan anda, Pasukan ZEG Iris telah berjaya mara ke babak Playoff MLBB Women Invitational 2023 setelah menamatkan perlawanan di peringkat kumpulan di tangga keempat (Kumpulan A) sekaligus mengutip satu kemenangan dan 3 kekalahan setakat ini.

ZEG Iris MLBB Ladies merupakan pasukan yang bersaing di Gladiatrix Cup 2022 lalu dengan penyertaan wilayah daripada Malaysia dan Singapura. Pasukan ini memenangi tempat ketiga didalam kejohanan tersebut sekaligus berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM 3,000.

Memulakan langkah dengan pertemuan bersama Impunity Starlets(Kemboja), ZEG Iris juga berhadapan dengan lawan mereka daripada seluruh SEA seperti Bigetron ERA (Indonesia), Burmese Ghouls-Reinas daripada Myanmar, Dan Omega Esports (Filipina).

ZEG Iris akan bersaing di pusingan Playoff yang akan bermula pada 8 Februari 2023 ini. Hari Ke-2 playoffs akan berlangsung pada 12 Februari 2023 dan diadakan secara Offline di Indonesia.

Manakala satu lagi wakil Malaysia daripada Group B masih mempunyai baki satu perlawanan di peringkat kumpulan hari ini 7 Februari 2023.

Team Haq MLBB Ladies pula merupakan pasukan baharu yang ditubuhkan oleh organisasi Team Haq setelah menunggu hampir seminggu yang lalu. Mereka merupakan divisi esukan MLBB Wanita pertama yang dibina oleh Team Haq bagi mewakili negara Malaysia sehingga ke peringkat Antarabangsa.

Ayuh kita berikan kata-kata semangat kepada mereka, Semoga menjadi wakil Malaysia yang kedua ke babak Playoff MLBB Women Invitational 2023 nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *