MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Persediaan Team Lunatix Bersama Pemain Seluruh SEA

ai hyprgame
Kongsi
Persediaan Team Lunatix Bersama Pemain Seluruh SEA

Seperti pasukan-pasukan sedia ada dan baharu di MPL MY S11, Team Lunatix yang kini dengan barisan baharu turut tidak melepaskan peluang untuk memperkukuhkan lagi kekuatan pasukan ini menghadapi perlawanan di MPL MY S11 yang akan bermula tidak lama lagi.

Oleh yang demikian, Mereka kini dikhabarkan telah menyerap beberapa bakat besar di dunia esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB bagi memberikan saingan sengit di MPL MY S11 nanti

Melalui peringkat kelayakan kemudian memasuki MPL MY S10 lalu, Team Lunatix ingin menebus kekalahan mereka yang lalu kerana tidak berjaya mara ke playoffs MPL MY S10 setelah ditewaskan oleh SMG Dan Team Haq di minggu Ke-8.

Walaubagaimanapun, Aksi Team Lunatix saat mendahului Team Caracal menampakan yang organisasi ini boleh pergi lebih jauh lagi didalam dunia esukan MLBB.

Beberapa hari yang lalu Team Lunatix telah mengesahkan yang mereka telah menyerap dua pemain terkenal iaitu daripada Filipina dan Indonesia. Jomari Pingol (Jown) merupakan pemain Filipina yang pernah bermain untuk pasukan Bren Esports di musim sebelumnya. Jowm kini dilamar oleh Team Lunatix sebagai Gold Laner bagi kejohanan MLBB utama MPL MY S11.

Kemudian Edwin (Fenryr) yang pernah bermain untuk pasukan Onic Prodigy daripada Indonesia akan berperanan sebagai EXP Laner buat divisi Team Lunatix.

Selain penambahan dua individu ini, Team Lunatix turut mengambil Paolo Villanueva (Pao) yang pernah berkhidmat buat pasukan Nexplay EVOS PH memegang peranan sebagai Coach di MPL MY S11 nanti. Kemudian seorang lain personaliti esukan MLBB daripada Singapura iaitu Andrew Lim atau juga terkenal sebagai Potato akan berperanan sebagai Penasihat (Advisor) baharu Lunatix. Potato sebelum ini pernah menyertai Zion Esports dan EVOS SG mempunyai pengalaman sebagai jurulatih ketika di MPL SG S3 lalu.

Nampaknya dengan pengambilan begitu ramai pemain daripada seluruh Asia Tenggara, Team Lunatix menunjukan yang mereka serius ingin mencapai kedudukan teratas di MPL MY S11 nanti. Sudah tentu kehadiran pemain-pemain berpengalaman ini akan memberikan banyak idea baharu, Serta pemilihan strategi yang baik ketika perlawanan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

IKUTI Funbet8 for the latest sports and esports betting odds!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *