MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Format Regular Dan Playoffs MPL MY S11 Berubah?

ai hyprgame
Kongsi
Format Regular Dan Playoffs MPL MY S11 Berubah?
Kredit : Abang MLBB

MPL MY S11 akan membuka pentasnya tidak lagi dengan khabar angin yang menyatakan acara ini akan diadakan pada bulan Mac dan bukannya pada bulan Februari seperti musim-musim yang lalu.

Menerusi Podcast Daddyhood yang merupakan Founder HomeBois dan Laphel sebagai Caster MLBB turut membincangkan berkenaan tarikh MPL MY S11 ini akan berlangsung. Adakah perubahan tarikh ini disebabkan masih ramai lagi pasukan yang belum mengumumkan roster lengkap mereka di MPL nanti?

Perubahan tarikh ini juga sebenarnya penting bagi pasukan-pasukan yang bertanding kerana persediaan lengkap harus dibuat sebelum perlawanan bermula nanti. Selain pemain dan peranan masing-masing, Aspek pengurusan dan persediaan pasukan juga penting untuk mengekalkan potensi di MPL MY S11.

Sebelum perubahan tarikh ini menjadi topik perbualan komuniti esukan khususnya Mobile Legends Bang Bang MLBB Malaysia, Laphel dan Daddyhood turut membincangkan yang akan ada perubahan didalam format Regular Season dan Playoffs MPL Malaysia Musim Ke-11 nanti.

Walaubagaimanapun perkara ini masih belum disahkan lagi kerana tidak ada sebarang kenyataan mahupun pengumuman rasmi telah dibuat oleh pihak MPL Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Antara alasan rasional tentang perubahan yang akan terjadi kepada format permainan MPL MY S11 kelak adalah kerana ramai yang masih merasakan adanya kekurangan daripada segi tahap kompetitif pasukan. Kekurangan ini menyebabkan pasukan yang kuat dalam kumpulan tertentu boleh mengumpul mata sebanyak mungkin.

Menerusi muatnaik hantaran Facebook Abang MLBB berkenaan isu ini, Ramai peminat Mobile Legends Bang Bang MLBB memberikan reaksi positif dan meninggalkan pelbagai mesej diruangan komen.

Mereka sangat bersetuju jika MPL MY S11 menetapkan satu kumpulan (group) sahaja dan boleh mempraktikan format MPL ID atau MPL PH. Seperti musim sebelumnya MPL MY meletakan 10 pasukan berbanding 8 pasukan seperti di MPL PH. Komuniti esukan MLBB juga mencadangkan untuk MPL MY melakukan format seperti di Indonesia atau Filipina dengan menghantar 8 pasukan sahaja ke Playoffs. Namun begitu ada juga yang menyatakan Mobile Legends Bang Bang MLBB akan mempunyai Global Ban dimusim ini.

Semua ini hanyalah tanggapan dan cadangan warganet sahaja kerana sampai ke hari ini komuniti MLBB belum lagi menerima sebarang berita rasmi mengenai MPL MY S11 nanti. Kita tunggu dan lihhat saja nanti !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *