MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dragon,Kepentingan Hitam Putih Dunia Esukan

ai hyprgame
Kongsi
Dragon,Kepentingan Hitam Putih Dunia Esukan

Setelah isu panas yang melanda dunia esukan Mobile Legends Bang Bang antara bekas pembantu pengurus, coach Dragon dan RED Esports, DaddyHood yang merupakan founder kepada pasukan HomeBois menjemput Dragon ke Podcast nya untuk membincangkan tentang isu yang berkaitan.

Kredit : DADDYKR3W

Menurut DaddyHood, Beliau menyatakan yang Industri esukan kompetetif ini bagus tetapi insiden yang terjadi kepada Dragon dan kemelut dengan organisasi itu membuatkan industri esukan ini tercemar.

Masalah dalaman itu wujud dan hanya mereka yang berada didalam lingkungan tersebut akan faham, Tidak semua yang digambarkan di layar skrin itu indah.

Bila ditanyakan soal gaji yang dibayar, Dragon menjelaskan gaji RM1,700 itu sudah ditetapkan begitu sahaja tanpa apa-apa penambahan bonus, elaun dan lain-lain. Malahan perbelanjaan lain seperti makanan, kos pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan ditanggung secara sendiri oleh Dragon.

Selain bertanyakan tentang isu yang melanda Dragon, Podcast ini juga berkongsi tentang perjalanan kariernya sepanjang penglibatan didalam dunia esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang termasuklah kisah dirinya yang pernah menyertai Todak pada musim terdahulu.

Zairul Hazim Bin Zailani atau juga dikenali sebagai Dragon merupakan pemain Malaysia yang berkhidmat sebagai jurulatih RED Esports MY. Walaupun status beliau sebagai jurulatih divisi ini masih wujud didalam Liquipedia esukan, Pihak RED Esports pula telah memberikan kenyataan yang tempoh perkhidmatan Dragon sudah pun ditamatkan sejak September 2022 lalu.

Pernah berjuang bersama RED Esports ketika di KOHAI Championship Mobile Legends Bang Bang Musim Ke-2, Dan MPL Malaysia Musim Ke-10 lalu, Figura dunia esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB ini juga pernah berkhidmat didalam pasukan Todak ketika di MPL MY S7, M2 World Championship, Dan MPL MY/SG S6.

Penglibatan Dragon didalam bidang esukan ini bukanlah baharu semalam kerana pengalaman dan kebolehan yang dimilikinya selama menyertai pasukan-pasukan dunia MLBB amat dikagumi oleh kebanyakan komuniti esukan di luar sana.

Berbalik kepada penglibatan Dragon bersama RED Esports, Bekas pemain Todak ini menyertai RED Esports ketika di MPL MY S9 pernah membuat “Try Out” sebagai Mid Laner dan EXP Lane untuk memasuki divisi ini. Malahan semasa match bersama Todak, Dragon berjaya menumpaskan lawannya itu.

Sepanjang bersama RED Esports, Dragon juga menjelaskan yang divisi ini sepertinya tidak yakin dengan kebolehan dirinya sebagai pemain yang pernah bermain di kejuaraan dunia M Series. Malahan posisinya sebagai pemain tidak dapat digunakan sebaiknya untuk membantu pasukan ini ketika perlawanan berlangsung. Tetapi Dragon terpaksa akur dengan setiap keputusan RED Esports kerana beliau sangat menghormati jurulatih organisasi ini.

Kemudian secara tiba-tiba dirinya ditukarkan posisi kepada pembantu pengurus pasukan di MPL MY S10 setelah Sora mengundurkan diri daripada RED Esports sebagai jurulatih. Tetapi hal yang sama juga terjadi seperti ketika dirinya berada di posisi pemain RED Esports. Niatnya untuk menguruskan dan memudahkan sudut dokumentasi pasukan sebagai pengurus pada awalnya tidak diraikan oleh organisasi ini sehingga daripada jawatan pengurus, Dragon turun ke jawatan pembantu pengurus yang kemudiannya memantau pasukan sebagai jurulatih. Disini boleh dilihat Dragon menggalas pelbagai skop kerja tetapi pembayaran gaji tidak telus dan langsung tidak menjaga kebajikannya sebagai sebahagian pasukan.

Dragon turut menekankan yang surat atau dokumen hitam putih iaitu perjanjian amatlah penting didalam dunia esukan Mobile Legends Bang Bang ini walaupun bekerja dengan orang yang kita percayai. Ini kerana surat perjanjian akan menjadi bukti jika apa-apa hal yang tidak sepatutnya terjadi pada masa akan datang.

Tambahan lagi Ketika di minggu ke-4-5 MPL MY S10, Semua pemain RED Esports ditawarkan kontrak dan hanya Dragon seorang sahaja tidak diberikan surat perjanjian tersebut.

Dragon meluahkan rasa kekecewaannya dan menjelaskan yang dia tidak ingin bergiat didalam dunia esukan Mobile Legends Bang Bang lagi. Personaliti esukan yang berumur 25 tahun ini merasakan apa yang di korbankan selama ini menjadi sia-sia akibat insiden yang menimpa dirinya.

Niatnya tidaklah untuk menjatuhkan sesiapa, Tetapi hanya untuk mempertahankan haknya termasuk pembayaran gaji yang sebenarnya. Malahan beliau berharap situasi ini akan menjadi pengalaman dan pengajaran bukan hanya pada dirinya tetapi pada semua yang melibatkan diri di dunia esukan kompetetif ini.

DaddyHood turut memberikan Dragon kata-kata semangat untuk tidak berputus asa didalam kehidupannya dan menganggap semua ini adalah pengalaman. Semoga urusan Dragon dipermudahkan demi mempertahankan haknya.

Semoga dunia esukan kompetetif esukan tidak lagi kehilangan individu berkualiti seperti Dragon. Dunia esukan kompetetif selepas ini haruslah diperbaiki supaya menjadi lebih baik dan berkualiti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya