MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pelajar Gred 11 Terima Biasiswa Esukan

ai hyprgame
Kongsi
Pelajar Gred 11 Terima Biasiswa Esukan

Sudah menjadi stigma masyarakat yang berpendapat bermain permainan video atau permainan peranti mudah alih hanya membuang masa dan tidak mendatangkan kebaikan. Tetapi seorang pelajar Gred 11 di Filipina akhirnya mengubah tanggapan masyarakat apabila telah ditawarkan Biasiswa esukan daripada organisasi ketiga ketika ada yang melihat potensinya sebagai pemain Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Israel yang menerima program biasiswa tersebut sangat berterima kasih kepada Mobile Legends kerana memberikan ruang untuknya menonjolkan bakat dan mengorak jauh kehadapan demi kariernya. Beliau kini merupakan pelajar di Liceo de Cagayan University in Misamis Oriental didalam pengkhususan kejuruteraan komputer.

Pelajar kejuruteraan komputer ini turut menyifatkan yang tawaran ini mungkin tidak akan terjadi tanpa usahanya untuk meneroka peluang bermain di Land of Dawn.

Menerusi sumber Spin PH, Israel menjelaskan yang dia mula bermain sejak di Gred 8 dan ketika itu hanya sekadar suka-suka. Sehinggalah pada suatu hari sepupunya mengejek Israel yang tidak tahu bermain MLBB. Kemudian apabila dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19 yang melanda, Masa Israel mula diluangkan dengan bermain MLBB. Israel tidak mensia-siakan masa lapang itu dan terus bermain sehingga mencapai pangkat Mythic.

Enggan menunggu terlalu lama, Israel mengambil peluang tersebut dengan mengikut perlawanan yang dianjurkan oleh Mobile Legends dan pihak berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, Perlawanan atau tournament yang disertai Israel ini adalah pertama kali buat dirinya. Malahan dia masih ingat yang Aldous merupakan hero ketika perlawanan tersebut.

Berkat kebolehan yang dimilikinya, Israel berjaya menjuarai acara tersebut sehinggakan tangannya masih menggigil mengingati saat kemenangannya itu.

Biasiswa yang ditawarkan itu adalah termasuk dengan subsidi persekolahan serta faedah lain yang akan dinikmati oleh Israel sebagai pelajar. Dengan penerimaan biasiswa tersebut, Israel terus meletakan azam yang dia harus bekerja keras bagi mengekalkan konsistensi pencapaiannya di dunia MLBB.

Menurut Israel lagi, Penyertaannya di dunia esukan MLBB akan diteruskan dan dia akan memperbanyakkan diri menyertai perlawanan MLBB yang lain kelak.

Menerusi kisah Israel ini dapatlah kita lihat yang Mobile Legends Bang Bang MLBB mampu memberikan perubaan kepada hidup atau karier seseorang jika kita rajin berusaha.

Seperti pencinta permainan lain, Pelajar muda ini juga tidak terlepas daripada mendengar komen negatif daripada orang sekeliling termasuk ibubapanya. Ini kerana tidak ada ibubapa yang menginginkan anak mereka untuk berjaga sepanjang malam dan lupa waktu makan.

Walaubagaimanapun Israel membuktikan yang dia mampu meneruskan minatnya itu dengan pengaturan masa yang betul. Dia bermain permainan pada waktu malam, Tetapi mengambil waktu rehat atau tidur ketika di siang hari. Dia tetap makan seperti biasa cuma waktu makannya bertukar-tukar sekitar 1-2 kali sehari.

Tetapi lama kelamaan ibubapa Israel menerima minat anaknya itu dan yakin Mobile Legends Bang Bang MLBB adalah terbaik untuk kariernya. Selepas kemenangan Israel didalam perlawanan tersebut dan mendapat tawaran biasiswa, Sokongan ibubapanya semakin baik.

Bukan hanya mendapat sokongan keluarga, Israel juga memperolehi rakan sebaya yang baharu sekaligus meningkatkan kerjaya MLBB.

Israel juga menekankan yang dia ingin mengimbangi pelajaran dan permainannya kerana keperluan akademik juga penting untuk jangka masa panjang.

Ini kerana jika dirinya bukan lagi pemain profesional, Sudah tentu dia akan mengikuti minatnya didalam kejuruteraan komputer dan masih banyak yang harus dilakukannya.

Israel sangat mengidolakan Sanford Marin Vinuya yang merupakan pemain profesional pasukan Echo Esports. Didalam usia 16 tahun Sanford yang berperanan sebagai EXP Laner berjaya menjuarai M4 World Championship baru-baru ini bersama Echo Esports. Malahan usaha Sanford itu sangat menjadi Inspirasi kerana pengorbanannya untuk membantu bapanya yang diserang strok ketika itu.

Melihat usaha Sanford menjadikan Israel untuk berusaha demi orang tersayang sekaligus terus fokus memajukan diri didalam bidang yang diceburinya ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *