MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Yekindar Sertai Team Liquid

ai hyprgame
Kongsi
Yekindar Sertai Team Liquid

Peminat NA nampaknya kini boleh menarik nafas lega apabila Team Liquid dengan rasminya mengekalkan Mareks Galinskis atau lebih dikenali sebagai Yekindar didalam arena esukan kompetetif ini dikekalkan bersama Team Liquid.

Yekindar dikhabarkan telah rasminyanya menandatangani kontraknya bersama Team Liquid selepas menyertai skuad ini sebagai pemain pengganti di IEM Cologne 2022 yang lalu. Diatas prestasinya didalam membantu pasukan ini mendapatkan kedudukan 6 teratas, Sekaligus menjadikan pencapaian ini antara yang terbaik pada kejohanan tersebut Yekindar kini menjadi pemain rasmi Team Liquid.

Kredit : Team Liquid CSGO

Berita dan pengumuman ini juga telah disampaikan menerusi media sosial Team Liquid CSGO sendiri, Dimana mereka meraikan lineup yang dikemaskini bagi berjuang dikejohanan seterusnya.

Walaupun Team Liquid sedikit kecewa kerana kekalahannya menentang pasukan underdogs Movistar Rider di Cologne, Impak pemain Latvian iaitu Yekindar ini sedikit sebanyak telah memberikan gambaran jelas tentang hala tuju Team Liquid nanti. Malahan Team Liquid sendiri sebagai satu pasukan kagum dengan apa yang telah Yekindar bawakan kepada pasukan ini dan menginginkan Yekindar kekal bersama mereka.

Pada 14 Oktober 2022, Yekindar telah membuat pengumuman menerusi akaun Twitter miliknya yang dia telah pun mengundurkan diri daripada Virtus.pro sejak menjadi pemain didalam status tidak aktif di Virtus.pro. Yekindar memulakan kariernya didalam arena esukan kompetetif CSGO (Counter Strike) ini sejak 2017 bersama Elements Pro Gaming, EPG pada tahun 2018 sebelum berstaus tidak aktif dan kembali semula beraksi dengan pasukan pro100 2018-2020.

Kemudian barulah Yekindar menyertai Virtus.pro pada Mei 2020 sehingga 2022, Sebelum menjadi pemain pengganti bagi Team Liquid pada tahun yang sama di Cologne 2022. Sepanjang bersama VP (Virtus.pro), Yekindar telah mendapat reputasi yang baik sebagai pemain terbaik didunia.

Kredit : Yekindar

” Ever since the first event in Cologne I have had only good emotions from Liquid and the CSGO roster! I am happy to announce that I have joined Team Liquid.” – Yekindar

Menurut Yekindar sendiri sejak pertama kali berada di Cologne, Hanya hal baik yang dia perolehi daripada pasukan ini dan roster CSGO mereka. Malahan dia gembira untuk mengumumkan yang dia kini telah menyertai Team Liquid.

Pengumuman tentang Yekindar menyertai Team Liquid tidaklah memberikan kejutan yang besar kerana Roster NA telah pun meningkat secara besar-besaran di tempat ke-3 didalam Ranking HLTV sejak kedatangan bintang Latvia ini. Malahan mereka juga berjaya menamatkan ESL Pro League S16 sebagai Runner-Up setelah kalah dengan Vitality.

Kejohanan pertama yang akan disertai oleh Yekindar sebagai pemain rasmi Team Liquid adalah di IEM Rio Major yang akan memulakan tirainya pada 31 Oktober ini. Oleh itu peminat perlu menunggu sedikit masa lagi untuk melihat Team Liquid beraksi pada kejohanan tersebut setelah pasukan ini akan berada di tempat pertama RMR Amerika dan akan menyertai kejohanan ini juga pada 5 November nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *