MEMUAT

Taip untuk mencari

CSGO lagi popular dari Valorant – Shroud

Kongsi
CSGO lagi popular dari Valorant - Shroud

Michael Grzesiek “Shroud” mengatakan bahawa beliau menyukai VALORANT tetapi beliau tidak merasakan bahawa permainan Riot ini dapat menandingi Counter-Strike: Global Offensive.

Terdapat pelbagai saingan antara permainan FPS ini dan yang paling jelas adalah VALORANT dan CSGO. Rata-rata pemain profesional Counter-Strike:Global Offensive telah berpindah ke permainan Riot ini tetapi Shroud berpendapat bahawa CS:GO masih mempunyai kelebihan dalam E-Sukan.

Permainan daripada Valve ini menerima impak yang agak besar selepas Riot melancarkan permainan FPS mereka buat kali pertama. Walaupun begitu, kejohanan PGL Stockholm Major telah membuat CS:GO kembali menjadi tumpuan dengan jumlah penonton yang melonjak di perlawanan akhir antara Natus Vincere dan G2 Esports.

Perlawanan akhir itu mendapat sebanyak 2.7juta penonton dan Shroud mempersoalkan semula “adakah CSGO sedang mati?”.

Bagi Shroud permainan video CS:GO ini mudah difahami berbanding VALORANT yang mempunyai pelbagai skill yang berlainan. Pemain CSGO hanya perlu menumpukan ketepatan menembak dan penggunaan utiliti berbanding VALORANT yang mempunyai skill tersendiri untuk sesebuah ejen dan perlu mahir dalam setiap ejen untuk memenangi permainan.

Kejohanan terbesar VALORANT akan tiba pada bulan Dicember nanti dan Shroud ingin melihat sama ada populariti VALORANT dapat menandingi CS:GO atau tidak. VCT Champions akan menjadi acara utama Riot buat pertama kalinya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *