MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Roman “RAMZES666” Kushnarev Meninggalkan Virtus.pro

ai hyprgame
Kongsi
Roman “RAMZES666” Kushnarev Meninggalkan Virtus.pro

Roman Kushnarev atau popular dikenali sebagai Ramzes666 didalam arena esukan kompetetif Dota 2 kini rasminya tidak lagi bersama dengan pasukan Virtus.pro (PRO)

Menerusi info VP sendiri di laman sesawang mereka telah mengumumkan berita ini dan mengucapkan selamat tinggal kepada pemain Dota 2 ini didalam Roster VP. Ini kerana kontrak Ramzes666 bersama VP juga hanyalah sah sehingga tamatnya TI11, Dan berdasarkan kepada keputusan Last Chance Qualifier Stage untuk menghentikan kerjasama bersama Ramzes666.

Menurut Virtus.pro, Roman hadir didalam pasukan ini saat mereka menghadapi situasi yang sukar, Dimana divisi ini juga memerlukan pemain yang baik dan berpengalaman. Bintang Dota 2 ini telah bersama-sama VP menempa kejayaan sepanjang penjelajahan di DPC Ketiga.

Kredit : Virtus.pro

Walaubagaimanapun, kejayaan bagai peringkat Global belum lagi dicapai oleh pasukan ini dan ini menjadikan kedua-dua belah pihak iaitu Ramzes666 dan Virtus.pro untuk tidak meneruskan kerjasama ini. Mereka yakin kedua-dua belah pihak akan mendapat manfaatnya sendiri membawa haluan dan lembaran baharu masing-masing.

“It felt good to go back to the familiar den for a while, but now it’s time to move on. I wish the guys good luck and hope to meet them again in the tournaments.”  – Ramzes666

Menurut Ramzess666 pula, Dia mengatakan adalah hal yang baik untuk kembali semula walaupun untuk seketika dan inilah masanya untuk memulakan langkah yang baharu. Dia sendiri memberikan kata-kata semangat kepada VP dan berharap untuk berjumpa lagi di kejohanan akan datang.

Pemain Rusia yang berumur 23 tahun ini telah memulakan langkahnya didalam arena esukan ini sejak tahun 2014 bersama pasukan Courage Gaming. Kemudian menyertai ScaryFaceZ, CIS Rejects, Team Spirit, dan Team Empire diantara 2015-2016.

Untuk pengetahuan anda, Ramzes666 juga sebelum ini pernah berkhidmat untuk Virtus.pro pada 2016-2019 sebelum menyambung kariernya sebagai pemain profesional disamping Evil Genius sejak 2019 dan berstatus tidak aktif pada 2021. Setelah menyepi seketika April 2021 Ramzes666 meneruskan kariernya bersama Nature Vincere dan kembali semula bersama pasukan lamanya iaitu CIS Rejects pada November 2021.

Pada Mei 2022, Bintang Rusia ini kembali semula dengan Virtus.pro sehinggalah mereka menghentikan kerjasama ini secara rasminya pada 18 Oktober 2022.

Diantara pencapaian terbaik Ramzes666 sepanjang berkecimpung didalam bidang ini adalah di The Kiev Major 2017, The International 2017, ESL One Hamburg 2018, ESL One Katowice 2018, The Bucharest Major, World Electronic Sports Game 2017, ESL One Birmingham 2018, China Dota 2 Supermajor, The International 2018, dan The Kuala Lumpur Major. Selain itu Ramzes666 telah menjadi pemain ke-4 yang mendapatkan 10K MMR pada kejohanan yang berlangsung 2017 lalu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *