MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Prestasi Baik 4Rivals Hari 1 PMPL SEA 2022

ai hyprgame
Kongsi
Prestasi Baik 4Rivals Hari 1 PMPL SEA 2022

PMPL Sea Championship Fall 2022 hari pertama semalam telah menyaksikan aksi-aksi sengit daripada 20 pasukan Sea yang bertanding.

Pastinya persembahan yang komuniti esukan kompetetif ini ingin lihat ialah pasukan Malaysia iaitu 4Rivals, Geek Fam, SEM9,Yoodo Alliance, dan juga DBD.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Overall Ranking hari 1 PMPL Sea Fall 2022 menyaksikan pasukan AE daripada Indonesia berada di kedudukan Top 1 dengan 26 Elims, 1 WWCD dan Total mata sebanyak 57. Satu lagi pasukan Indonesia iaitu NFT juga berada di kedudukan Top yang terbaik semalam dengan 26 Elims, 1 WWCD dan 53 Total Points.

Prestasi pasukan 4Rivals yang dilihat kurang baik ketika di PMRC baru-baru ini nampaknya berbeza di liga PMPL Sea Championship Fall 2022. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang WWCD, Pasukan 4Rivals mampu mengunci kedudukan nereka di Top 3 pada Overall Ranking Match terakhir semalam dengan mengutip 20 Elims, dan 48 Total Points.

4Rivals juga sempat merampas kedudukan Top 1 di Match ke-4 sehinggakan Eypul yang merupakan ahali pasukan mereka telah dinobatkan sebagai MVP dengan 7 Elims di Matcg ke-3 semalam.

4 lagi pasukan Malaysia iaitu Yoodo The Alliance, SEM9, Geek Fam dan DBD nampaknya masih berada didalam sesi memanaskan badan kerana mereka masing-masing setakat ini berada di Top 12, Top 13, Top 15 dan Top 17. Adakah mereka akan menjumpai rentak di hari kedua PMPL Sea Championship Fall 2022?

Pasukan daripada Thailand iaitu The Infinity yang telah menjuarai PMRC 2022 baru-baru ini kini berada di kedudukan Top 5 didalam Overall Ranking semalam dengan WWCD. Diikuti oleh pasukan Faze yang juga daripada Thailand di Top 4 dengan 21 Elims dan 45 Skor.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *