MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

JDT Pasukan MY Pertama EA Sports, FiFA23 ?

ai hyprgame
Kongsi
JDT Pasukan MY Pertama EA Sports, FiFA23 ?
Kredit : EA Sports FIFA

Selepas pelancaran FIFA23 yang merupakan permainan video simulasi bola sepak masa depan yang diterbitkan oleh Electronic Arts dan dibangunkan oleh EA Sports. Warganet kini akan menyaksikan JDT pula untuk beraksi didalam esukan kompetetif FIFA23 tidak lama lagi.

Kredit : hrhcrownprinceofjohor

Hal ini menjadi bualan apabila di sosial media telah tersebar gambar Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih dikenali dengan nama TMJ sedang bermain FIFA23 yang baharu sahaja dilancarkan. Menurut warganet TMJ menjadi pemain pertama yang telah mencuba sendiri permainan ini.

TMJ sendiri telah memuatnaik hantaran tersebut didalam platform media sosial peribadinya sendiri dan berkongsi moment tersebut dengan peminat-peminatnya.

Malahan caption dan ucapan TMJ seperti “Looking forward to more collaborations to come” juga ibarat harapan buat komuniti esukan khususnya peminat JDT untuk melihat kerjasama ini.

Kredit : HRHJohoril

Menerusi perkongsian TMJ juga telah memberikan penyokong bola sepak tanahair serta peminat permainan video FIFA akan gambaran yang JDT akan menglibatkan diri didalam arena esukan kompetetif ini pula.

Selepas TMJ memuatnaik perkongsian tajaan EA Sports dan GB untuk FIFA23 yang pertama itu, ruangan Twitter TMJ dihujani pelbagai reaksi warganet dan salah satu yang menarik perhatian adalah pertanyaan seorang warganet mengenai penyertaan JDT didalam esukan kompetetif ini pula.

Jawapan TMJ sangat ringkas dan mudah iaitu “Ya” sebagai balasan pertanyaan individu tersebut.

TMJ sangat menghargai usaha dan penat lelah Gamesbond (GB) yang telah menjadi salah satu agensi pemasaran rasmi buat EA Sports. Ini pastinya akan menaikan lagi industri bola sepak dan esukan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

“More To Come”

Menerusi balasan Gamesbond juga jika dilihat mereka sudah ada perancangan untuk FIFA23 ini ke arah yang lebih baik dan berkembang.

Setakat ini kita belum lagi mendapat sebarang kenyataan yang lebih terperinci berkenaan EA Sports and bergabung bersama JDT bagi FIFA23 ini.

Mungkin kedua-dua belah pihak masih sedang melakukan perbincangan supaya dapat mewujudkan kerjasama yang baik dan tiada salah faham bagi projek seterusnya nanti.

Jika kolaborasi ini dilaksanakan, Johor Darul Ta’zim JDT akan disenaraikan didalam konsol permainan bola sepak EA Sports FIFA sekaligus menjadi pasukan pertama daripada Malaysia ke permainan esukan peringkat antarabangsa.

Pastinya kerjasama ini akan menambahkan lagi populariti dan menjadi pemasaran yang baik kepada pihak yang terbabit. Di media sosial Gamesbond telah berkongsi satu hantaran mengenai FIFA 23 yang telah dilancarkan pada 27 September (Semalam).

FIFA 23 ialah permainan video simulasi bola sepak yang diterbitkan oleh Electronic Arts. Ianya boleh diakses menerusi mod permainan video seperti  Xbox Series X dan Series S, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, PlayStation 5, Google Stadia, dan juga Microsoft Windows.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *