MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Tiada Perubahan Kriteria Umur Bagi Game Changer – RIOT

ai hyprgame
Kongsi
Tiada Perubahan Kriteria Umur Bagi Game Changer - RIOT

Di media sosial telah tersebar mengenai kebimbangan VCT Game Changer berkenaan kriteria umur bagi Kejohanan Valorant Game Changer NA.

Sebenarnya perbincangan antara Riot dan pihak pengurusan telah disebarkan di media sosial berkenaan kriteria had umur bagi pasukan Kejohanan VCT Liga Antarabangsa juga akan diterapkan didalam Game Changers 2023.

Kredit : @florscnt

Keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan dan reaksi daripada ramai kerana dikhabarkan yang RIOT tidak akan mengubah kriteria umur tersebut pada Game Changers 2023.

Menurut sumber Dot Esports, Keperluan umur minimum NA Game Changers tidak akan berubah dan kekal pada usia 16 tahun. Manakala Keperluan umur 18 tahun keatas hanya terpakai untuk Liga Antarabangsa, termasuk pasukan yang layak ke liga melalui kejohanan Ascension. Penjelasan ini telah diumumkan oleh jurucakap VCT NA sendiri ketika ditemubual.

Ini merujuk kepada sebahagian daripada maklumat VCT yang baharu sahaja dikeluarkan yang menyatakan bahawa sesetengah peraturan Liga Antarabangsa perlu diikuti oleh pasukan yang menyertai kejohanan tersebut. Ianya termasuklah bahagian umur yang menyatakan pemain mestilah lahir pada 26 Mac 2005 jika ingin menyertai kejohanan ini. Malahan peraturan ini juga memerlukan kebenaran penjaga atau ibubapa untuk melengkapkan surat kebenaran, Walaubagaimanapun peraturan ini tidak diaplikasikan untuk Game Changer akan datang.

Ini telah mengecewakan mereka yang telah lama menunggu untuk menyertai VCT Game Changers kerana peraturan terbaharu ini. Tetapi kini peraturan ini telah diklarifikasikan oleh RIOT sendiri menyatakan yang para pemain tersebut boleh bersaing apabila mereka genap 16 tahun.

Untuk pengetahuan, Game Changer akan berlangsung pada 12 Oktober sehingga 16 Oktober 2022 dan pemenang bagi Game Changers akan melayakan diri ke tournament antarabangsa. Pemain-pemain akan bersaing bagi mendapatkan hadih wang dan sekaligus mengejar mata terbanyak untuk ke peringkat antarabangsa.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *