MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sneak Peek PMPL Sea Fall 2022

ai hyprgame
Kongsi
Sneak Peek PMPL Sea Fall 2022

Usai PUBG Mobile Regional Clash yang menemukan China dan Sea baru-baru ini, Kini tibalah masanya untuk kita bersedia dengan aksi sengit pasukan-pasukan yang bertanding di PMPL SEA Championship Fall 2022.

Seramai 20 pasukan akan bertanding sepanjang 3 minggu ini di pusingan liga dan Top 16 pula akan menuju ke Grand Finale yang bermula pada 21 Oktober sehingga 23 Oktober 2022.

Untuk peringkat liga pula akan berlangsung bermula pada hari 28 September, jam 5 petang dan akan berakhir pada 16 Oktober 2022 sebelum pasukan-pasukan yang layak ini bermain ke pusingan Grand Finals pula.

Hari ini kami akan kongsikan sedikit sneak peek berkenaan PPMPL SEA Championship Fall 2022 ini. Untuk pengetahuan anda, PMPL Sea Championship 2022 seperti tahun-tahun sebelumnya akan menemukan pasukan terbaik daripada Thailand, MY/SG/PH, Vietnam dan Indonesia.

Untuk PMPL SEA Championship Fall 2022, Malaysia menjadi wakil daripada PMPL MY/SG/PH Fall 2022 yang terdiri daripada pasukan 4Rivals, Geek Fam, Sem9 dan Yoodo The Alliance. Manakala 2 lagi pasukan Malaysia yang telah berjaya mendapatkan slot ke PMPL Sea Fall 2022 selepas PMPL Sea Play-In iaitu DBD – Don’t Break Dreams akan sama-sama bersaing didalam kejohanan sea ini.

Wakil pasukan yang mewakili negara jiran kita iaitu Indonesia adalah Genesis Dogma GIDS, Alter Ego LIMAX, BOOM Esports, dan NFT Esports.

Dikuti oleh pasukan Vietnam iaitu D’Xavier, Eagle Esport, BN United, Box Gaming, dan Shine Like Diamond. Pastinya pasukan yang telah menjuarai PMRC 2022 iaitu The Infinity daripada Thailand akan bersaing dengan sengit di kejohanan ini. Selain The Infinity, FaZe Clan, Bacon Time, Buriram United Esports, Vampire Esports dan TEM Entertainment juga akan turut serta mewakili Thailand.

Pasukan-pasukan ini akan bertarung sepanjang 3 minggu liga berlangsung dengan melalui cabaran di Map Order yang telah ditetapkan didalam format baharu PMPL Sea Championship Fall 2022. Pasukan akan melalui Match 1 – Sanhok, Match 2 – Miramar, Match 3 – Miramar, Match 4 – Erangel, dan Match 5 – Erangel

Pusingan liga ini akan melalui 5 Match setiap hari yang membahagikan Sanhok di map pertama, diikuti dengan map Miramar sebanyak 2 match, dan 2 match lagi di Erangel.

PMPL SEA Championship Fall kali ini akan menawarkan Prize Pool terkumpul sebanyak $200,000 USD sekaligus meletakan 5 pasukan teratas untuk melayakan diri ke peringkat global iaitu PMGC PUBG Mobile Global Championship 2022 tidak lama lagi!

Jadi anda dah bersedia dengan aksi mereka petang ini? Adakah Geek Fam, 4Rivals, SEM9, DBD dan Yoodo The Alliance akan menjadi salah satu pasukan yang berada di Top 5 terbaik PMPL Sea ini? Teruskan menyokong pasukan Malaysia!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *