MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Gear Front PUBG Terbaru Lancar 29 September

ai hyprgame
Kongsi
Gear Front PUBG Terbaru Lancar 29 September

Semalam PUBG Mobile telah mengumumkan skill terbaharu di Gear Front yang telah dikemaskini pada 29 September 2022. Kemaskini terbaharu ini akan tersediah di Android dan IOS.

Gear Front merupakan sebuah mode baharu yang dikenalkan di dalam game PUBG Mobile setelah dikemaskini. Di mode ini, pemain boleh mencuba filter yang mempunyai 8 skill pemain.

Mode ini juga boleh dimainkan di beberapa map diantaranya adalah Erangel, Livik, dan map baru Nusa. Map Nusa sendiri nampak sempurna untuk diteroka oleh pemain menerusi Gear Front Mode.

Kredit : GGWP.ID

Permainan PUBG Mobile yang dibangunkan oleh Tencent Games Corporation sangat eksklusif di plaform peranti mudah alih sejak ianya dilancarkan lama dahulu. PUBG Mobile mempunyai 6 peta, 6 karakter hebat, evoground mode, arcade mode, unranked dan ranked match, dan banyak lagi yang menyebabkan ramai pemain meminati permainan ini.

Battle pass juga tersedia yang menjadikan PUBG Mobile permainan battle royale sempurna dengan grafik realistik dan sistem audio yang baik. Malahan permainan ini juga menjadi permainan yang sesuai untuk pemula “Beginners” kerana mudah dikawal atau corak permainannya.

Kredit : PUBG Mobile

Menerusi sumber GGWP ID, PUBG Mobile akan menampilkan 8 skills terbaharu di Front Gear Mode permainan ini iaitu Playzone Analysis, Vehicle Air Drop, Supply Scan, Gliding Doll, Black Market, Trace, Lucky Backpack, dan Healing Smoke.

Selain itu, penambahan Gear Front Mode baharu ini mengarahkan pemain untuk menyelesaikan beberapa misi yang menjadi sebahagian daripada Royale Pass.

Misi pertama adalah menyeleasikan 5 match didalam mode klasik – Gear Front, dan misi kedua adalah meneroka ke Strange Town sebanyak 3 kali didalam mode klasik – Gear Front.

Untuk menyelesaikan misi tersebut, pemain perlu memainkan Gear Front Mode secara ranked. Cukup dengan melalui misi pertama sebanyak 5 kali dan anda akan mendapat ganjarannya nanti.

Sementara itu untuk misi kedua hanya boleh diselesaikan di peta Erangel. Pemain boleh ke Stalber atau pesisir barat map iaitu di selatan Georgopol untuk menerokai Strange Town sebanyak 3 kali.

Itu sedikit sebanyak berkenaan Mode terbaharu ini, apa-apapun kita akan nantikan pengumuman yang lebih terperinci oleh platform media sosial rasmi PUBG Mobile pada 29 September 2022 ini.

Mungkin anda akan lebih faham berkenaan mode ini apabila mencubanya nanti! Jom muatnaik aplikasi PUBG Mobile di peranti mudah alih anda sekarang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya