MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Undi Kategori Profesional Bagi Anugerah MPL MY S10

ai hyprgame
Kongsi
7 Kategori Profesional Bagi Anugerah MPL MY S10
Kredit : MPL MY

Ahad selalu merupakan penutup bagi Liga MPL MY S10 yang telah menyerikan komuniti esukan selama 8 minggu berturut-turut. Dalam masa yang sama juga MPL MY telah mengumumkan untuk komuniti esukan mengundi bagi anugerah MPL MY S10.

Anugerah MPL MY S10 ini diwujudkan bagi memberikan penghargaan kepada mereka yang telah terlibat sepanjang MPL MY S10 peringkat liga ini belangsung.

MPL MY telah menyenaraikan beberapa kategori profesional bagi Anugerah MPL MY S10, 4 daripada 7 Anugerah tersebut iaitu Best Talent, Dream Team, 10 Bersama Lagenda, dan Best Gameplay Of The Season memerlukan undian daripada anda sebagai peminat Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Kredit : MPL MY

Untuk kategori Best Talent mencalonkan Caster kegemaran MPL MY bagi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Dwi Bahasa. Untuk undian Best Talent ini, Anda dibenarkan untuk menghantar sebanyak 4 kali undian dan iainya tidak boleh diubah selepas dibuat.

Kredit : MPL MY

Manakala untuk Anugerah Dream Team pula akan mendominasikan individu yang berperanan didalam setiap role seperti EXP Lane, Mid Lane, Gold Lane, Roamer, Coach dan juga Jungler. Setiap satu kumpulan role akan mempunyai 4 individu daripada pasukan MPL MY. Untuk undian Dream Team, para peminat hanya dibenarkan untuk membuat satu kali undian sahaja dan undian tersebut tidak boleh diubah setelah ianya dihantar.

Kredit : MPL MY

Bagi Best Gameplay Of The Season pula anda dikehendaki untuk mengundi persembahan atau corak permainan yang terbaik sepanjang 8 minggu MPL MY S10 berlangsung. Anda juga boleh mengundi sebanyak 4 kali dan memilih MPL MY S10 minggu ke berapakah yang terbaik?

10 Bersama juga merupakan salah satu kategori baharu yang disenaraikan didalam Anugerah MPL MY S10 ini. 10 Bersama ini juga telah menjadi hashtag dan tema bagi MPL MY S10 yang telah pun menapak di esukan kompetetif ini selama 10 musim. Tugas anda adalah untuk mengundi pemain atau penggiat esukan Mobile Legends Bang Bang MPL MY yang terdiri daripada Fredo, Xorn, Soloz, Ciku dan Kuja. Anda dibenarkan untuk membuat undian ini sebanyak 4 kali, dan undian tidak boleh dibuat setelah dihantar.

Kredit : MPL MY

Untuk mengundi kesemua kategori ini anda hanya perlu klik pautan di Bio MPL MY, kemudian klik dibahagian “Awards” dan pergi ke kategori yang anda ingin undia.

Jangan lupa untuk mengakses “sign in” terlebih dahulu sebelum mengundi ya kawan-kawan! Undian telah pun dibuka dan akan berlangsung sehingga 14 Oktober, pada jam 11:59pm.

Siapakah yang anda rasa layak untuk menerima Anugerah MPL MY S10? Jom lihat senarai calon di laman web MPL MY sekarang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *