MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Hub Esukan MLBB Pertama Di Malaysia

ai hyprgame
Kongsi
Hub Esukan MLBB Pertama Di Malaysia

Montoon pereka kepada Mobile Legends Bang Bang kini telah berkembang maju memonopoli industri esukan di Malaysia. Malahan pasaran Mobile Legends Bang Bang di Malaysia sudah semakin mendapat permintaan ramai komuniti esukan di negara ini.

Kredit : AFK Gaming

Pelbagai tournament mahupun kejohanan telah diadakan menerusi divisi Mobile Legends Bang Bang ini tidak kira di dalam negara mahupun luar negara.

Melihat kepada faktor populariti ini, salah sebuah syarikat pembangunan hartanah yang terletak di Kota Bersejarah Melaka, Malaysia telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan syarikat permainan video daripada China bagi pembangunan Hub esukan bertemakan Mobile Legends Bang Bang Di Malaysia.

Hatten Land baru-baru ini telah pun menandatangani kerjasama dengan Montoon bagi membina dan melancarkan hub esukan MLBB pertama di Melaka, Malaysia.

Kredit : Melaka TV

Dikhabarkan yang hub tersebut akan dibina Hatten Land’s Element X Mall yang dahulunya dikenali sebagai Elements Mall, akan dijadikan pusat atau IP hub esukan Mobile Legends Bang Bang yang akan didekorasi dengan konsep MLBB.

Malahan perjannjian ini juga akan membawa Hatten Place Hotel sebagai hotel 5 bintang pertama yang berkonsepkan esukan Mobile Legends Bang Bang. Hotel ini juga nanti akan dijadikan sebagai tempat penginapan kepada atlet-atlet esukan MLBB dan pusat pelbagai acara esukan diadakan.

Selain membuka ruang kepada esukan MLBB berkembang, projek ini juga diharapkan dapat menjadi tarikan kepada para pelancong dan meningkatkan perkembangan industri pelancongan di Melaka, Malaysia khususnya selepas wabak Covid-19 melanda sejak 2 tahun yang lalu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *