MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Skin Epik Valorant Champions 2022 Didedahkan

ai hyprgame
Kongsi
Skin Epik Valorant Champions 2022 Didedahkan
Kredit : Valorant

Anda dah bersedia dengan Valorant Champions Tour VCT 2022? sempena VCT 2022, Riot Games akan melancarkan skin epik sang juara khas buat komuniti dan peminat Valorant.

Kredit : Valorant

Untuk pengetahuan, skin epik ini akan berada di stor permainan Valorant bermula 23 Ogos 2022 dan ianya adalah skin edisi terhad!

Valorant telah memuatnaik trailer penuh berkenaan skin edisi terhad ini untuk mengajak anda mendapatkan skin luar biasa dan epik ini.

Kredit : @PlayVALORANT

Menerusi trailer penuh tersebut kita dapat lihat betapa hebat dan cantiknya hasil karya Riot Games dan Valorant demi mencipta kandungan yang mampu memberikan kepuasan dan pengalaman menakjubkan kepada pemain.

Anda akan melihat terdapat senjata seperti pisau “Butterfly Knife Champions”, Senjata Champions dan lain-lain lagi didalam skin yang akan dilancarkan ini nanti.

Kredit : Valorant Esports

Memang nampak seperti aura seorang Juara seperti trademark Valorant Champion dengan kombinasi logo, palet warna, muzik video akan menjadi inspirasi buat semua memberi sokongan kepada Valorant Champions 2022.

Untuk pengetahuan anda, 50% hasil jualan skin ini akan dijadikan hadiah kepada pemain yang akan bertanding di Valorant Champions 2022 tidak lama lagi.

Kredit : OrangeElk

Jika anda berminat dan ingin tahu lebih lagi berkenaan skin ini atau mahu mendapatkan skin ini teruskan bersama Valorant di platform media sosial mereka seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *