MEMUAT

Taip untuk mencari

Sedia Dengan Wild Circuit Asia Invitational 2022

ai hyprgame
Kongsi
Kredit : Wild Rift Esports News

Baru-baru ini Riot Games telah mengumumkan tentang kejohanan Wild Circuit Off-Season Tournaments khas buat peminat dan penggiat esukan sementara menunggu musim baharu pertandingan aman datang.

Kredit : Wild Rift Esports

Wild Circuit Off-Season Tournaments ini akan diadakan di sertai oleh pelbagai negara (Region) dimana ada diantara tournament tersebut telah pun diadakan.

Menerusi sumber Wild Rift, Negara-negara yang menyertai acara ini adalah termasuk daripada Brazil, China, Amerika Latin, Amerika Utara, dan juga SEA/Korea/Jepun. Bagi Brazil Wild Circuit Qualifier 1,2 dan 3 telah pun diadakan pada 21 Julai 2022 sehingga 18 Ogos 2022, dan kini mereka sudah berada di peringkat Wild Circuit Series dimana tarikh yang tepat belum lagi diumumkan.

Di China pula Snapdragon Pro Series diadakan pada 29 Julai yang lalu, kemudian diikuti oleh Huya The Legend Cup dan Douyu Wild Rift Master Series pada pada 1-2 Ogos 2022. Acara Weibo Cup juga telah berlangsung pada 19 Ogos 2022.

Kejohanan Wild Rift juga rancak berlangsung di Amerika Latin dan telah melalui pelbagai siri acara. Tambahan lagi Wild Rift Mayor League juga akan berlangsung September 2022 ini.

Wild Curcuit Series di Amerika Utara juga telah berlangsung pada 29 Julai 2022 yang lalu dan akan mara ke acara selanjutnya iaitu RIFT MSTRS Wild Rift pada 23 September 2022.

Negara SEA termasuk Jepun dan Korea juga akan menyertai acara ini di bawah The Wild Circuit Asia Invitational 2022 yang akan berlangsung September ini.

Penganjuran secara didalam talian ini akan menyaksikan 8 pasukan jemputan bertanding dengan Prize Pool terkumpul sebanyak $40,000 menjadi rebutan buat KT Rolster, Kwangdong Freecs, Liiv SANDBOX, Unsold Stuff Gaming USG, Rex Regum Qeon RRQ, Flash Wolves, Team Flash dan juga Buriram United Esports.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya