MEMUAT

Taip untuk mencari

Apex Legends Gaiden Event Menemui Anda!

ai hyprgame
Kongsi
Apex Legends Gaiden Event Menemui Anda!

Bermula 19 Julai 2022 sehingga 2 Ogos 2022, EA dan Respawn Entertaiment mengadakan acara Gaiden Event didalam permainan battle royale Apex Legends.

Kredit: Twitter Apex Legends

Gaiden Event terhad ini akan menyajikan penggemar permainan maya dengan mod “ Armed And Dangerous” yang terdapat didalam peta World’s Edge, Olympus, dan Storm Point.

Tambahan lagi event ini akan dibahagikan kepada dua bahagian, dimana minggu pertama akan diadakan pada 19 Julai sehingga 26 Julai 2022. Manakala bahagian kedua bermula pada 26 Julai sehingga 2 Ogos 2022. 

Kredit : Youtube Also Gaming Merchant

Setiap minggu event pemain akan menghadapi cabaran, dimana jika pemain dapat menyelesaikan cabaran tersebut mereka akan memenangi ganjaran. 

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Fuse’s Down Thunder Epic Skin, Bionic Buddy Gun Charm, Epic 3030 “Cloudburst” Skin. Malahan anda juga berpeluang untuk mendapatkan 40 barangan kosmetik khusus untuk acara ini, di mana jika mengumpul kesemua barangan tersebut, kostum untuk Bangalore akan diberikan iaitu Apex Commander.

Berikutan adanya anime skins, Gaiden event ini akan menyediakan skin-skin Legend seperti Revenant, Octane, Wattson, and Mirage dengan Wingman, EVA-8, serta Charge Rifle sebagai skin tema. 

Crypto(Dragon Ball Z), Bangalore( Sailor Moon), Seer( Heart Stopper), Revenant (Evangelion), Bloodhound(Tokyo Ghoul), Mirage (My Hero Academia), Wattson (Naruto), Octane(One Piece), merupakan skin anime didalam acara Gaiden ini. 

Terdapat banyak lagi ganjaran dan tawaran lain akan diberikan kepada pemain-pemain Apex Legends. Jadi tunggu apa lagi, muatnaik aplikasi permainan ini sekarang dan ikut akaun media sosial rasmi mereka untuk maklumat lebih lanjut. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya