MEMUAT

Taip untuk mencari

Apex Legends Mobile dikhabarkan akan hadir pada hujung Mei 2022

atq_hyprgame
Kongsi

Khabar angin mengatakan bahawa pelancaran Apex Legends Mobile secara global adalah pada 31 Mei 2022. Manakala, soft launch Apex Legends Mobile akan telah dibuat terlebih dahulu iaitu pada 17 Mei 2021 yang lalu.

Sumber: Respawn Entertainment

Apex Legends Mobile akan mempunyai 6 Legends yang sama seperti dalam konsol

Apex Legends Mobile akan menampilkan 6 Legends yang sama seperti dalam konsol. Ini termasuk seperti Bloodhound, Gibraltar, Lifeline, Wraith & Bangalore. Legends lain boleh dibeli seperti biasa dengan menggunakan mata wang dalam permainan.

Apex Legends Mobile juga akan didatangi dengan set Battle Passes yang tersendiri. Ini termasuk kosmetik yang boleh dikumpul serta barangan yang boleh pemain unlock. Item ini adalah item eksklusif untuk versi mudah alih. 

Pemain juga boleh memainkan kedua-dua mod battle-royale standard & Arena serta Team Deathmatch dalam Apex Legends Mobile. Apex Mobile juga mempunyai jarak tembakan yang dipertingkatkan dengan tetapan kesukaran yang ditetapkan & peluru tanpa had.

Apex Mobile dilancarkan pada Februari 2022 atau Mei 2022? 

Sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Apex Legends Mobile akan dilancarkan secara global pada Februari 2022. Tetapi, kini, khabar angin terbaru mengatakan bahawa Apex Legends Mobile akan dilancarkan pada hujung Mei 2022. 

Sumber: Respawn Entertainment

Ia dikatakan akan dilancarkan secara global pada hujung bulan Mei 2022. Sebenarnya, banyak sangat khabar angin tentang kehadiran Apex Legends Mobile. Permainan ini boleh dikatakan 80% akan datang dalam bentuk mudah alih tetapi tarikh bila ia akan dilancarkan masih menjadi tanda tanya. 

India merupakan negara pertama yang merasai versi beta Apex Legends Mobile. Tetapi ia dikatakan akan diperluaskan ke lebih banyak negara kemudian hari. Faktor utama India menjadi negara pertama adalah disebabkan permainan mudah alih mendapat sambutan yang meluas di sana.

Sumber: EAlatam

Beta Apex Legends Mobile juga telah dikeluarkan di negara LATAM seperti Mexico, Colombia dan Peru pada 21 September 2021 yang lalu. Ujian beta juga telah dilancarkan di Malaysia, Filipina & Indonesia menurut Respawn. 

Buat masa kini, hanya Android saja yang mendapat akses bagi ujian Beta. Untuk pengguna IOS, masih belum ada maklumat terkini. 

Sumber: Respawn

Masih banyak lagi informasi yang belum dikemaskini oleh pihak pembangun tentang tarikh tetap pengeluaran Apex Legends Mobile. Informasi tentang khabar angin ini diambil sedikit sebanyak dari GamingOnPhone.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *