MEMUAT

Taip untuk mencari

Inilah antara mobile games yang bakal dilancarkan tidak lama lagi!

atq_hyprgame
Kongsi

Permainan mudah alih benar-benar muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan banyak permainan baharu yang hebat dikeluarkan setiap bulan. 

Selepas kedatangan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile) dan Mobile Legends: Bang Bang yang menjadi perhatian di negara Asia Tenggara, semakin banyak permainan seperti Battle Royale dan MOBA di permainan mudah alih (mobile games). 

Permainan di PC juga menjadi salah satu tarikan dan kegemaran para streamer yang membuat live streaming di laman Facebook khususnya. Antara pemainan PC yang popular adalah Valorant, Apex Legends dan PlayerUnknown’s Battlegrounds

Sumber: Riot Games
Sumber: Respawn Entertainment

Disebabkan perkembangan yang dihadapi oleh permainan yang secara aslinya berada di PC, kebanyakan individu meminta permainan itu dijadikan dalam bentuk mudah alih.

Tidak semua individu memiliki kesempatan untuk bermain permainan PC kerana banyak pelaburan yang perlu disediakan. Bagi permainan mudah alih, ia lebih mudah untuk dimiliki. 

Ini merupakan permainan mudah alih yang bakal dilancarkan tidak lama lagi:

1. Valorant Mobile

Penembak orang pertama yang terkenal di Riot iaitu Valorant telah pun memberi impak yang besar apabila permianan ini mula dilancarkan di PC pada tahun 2020. 

Pada acara sambutan setahun Valorant, Riot Games mengumumkan bahawa Valorant kini akan datang ke mudah alih.

Namun, informasi tentang perkara ini masih belum dapat diberitahu dengan lebih lanjut kerana informasi masih sedikit. 

Sumber: Panda

Tetapi pastinya Valorant Mobile akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Riot Games juga akan memastikan Valorant Mobile mempunyai pencapaian yang sama seperti Wild Rift yang telah pun dilancarkan secara mudah alih.

Bagi tarikh pengeluaran pula, pembangun Valorant telah menyatakan bahawa ia akan datang pada tahun kedua. Berkemungkinan keluaran Valorant Mobile dijangka hadir pada tahun 2022. 

2. PUBG: New State

Umum mengetahui bahawa PUBG: New State akan dilancarkan pada 11 November ini dan telah pun menjalankan ujian Alpha mereka di USA sejak beberapa bulan yang lalu. 

Kini, Krafton akan menjalankan ujian Alpha mereka yang terakhir pada 29 Oktober sehingga 30 Oktober sebelum permainan mudah alih ini dilancarkan. 28 negara yang akan menjalani ujian Alpha yang terakhir adalah:

Bahrain, Cambodia, Egypt, Hong Kong, Indonesia, Iraq, Japan, Jordan, Korea, Kuwait, Laos, Lebanon, Macao, Malaysia, Maldives, Myanmar, Nepal, Oman, Philippines, Qatar, Saudi Arabia, Singapore, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Turkey, the UAE dan Yemen.

Sumber: PUBG: New State

PUBG: New State merupakan permainan mudah alih percuma yang akan dikeluarkan pada iOS dan Android pada 11 November ini Menurut Krafton. 

Permainan ini mempunyai konsep pada tahun 2051 dan akan menawarkan pandangan futuristik pada formula PUBG berfokuskan multiplayer dengan ciri baharu seperti penyesuaian senjata dan dron dalam permainan. 

PUBG: New State akan tersedia di lebih 200 negara dan 17 bahasa semasa pelancaran. 

Sumber: PUBG: New State

3. Apex Legends Mobile

Walaupun berita tentang versi mudah alih Apex Legends agak sedikit sejak kebelakangan ini, permainan popular di PC dari Respawn Entertainment ini pasti akan datang ke peranti mudah alih tidak lama lagi. 

Respawn telah mengesahkan bahawa Apex Legends Mobile akan memasuki ujian beta serantau pada peranti Android.

Buat masa kini, Apex Legends Mobile sedang menjalankan beta tertutup di Filipina dan India. Jadi pengguna di wilayah tersebut sudah boleh mencuba bermain dalam mod beta. 

Sumber: Panda

Ia juga telah direka semula secara khusus untuk mudah alih dari segi skrin sentuh, penambahan kawalan dan pengoptimuman yang bakal diperkemaskan lagi.

Ini bermaksud Apex Legends Mobile tidak akan mampu bermain merentas platform dengan PC atau konsol yang lain. 

“Kami telah membina pasukan berdedikasi di Respawn yang dipenuhi dengan pakar dalam pembangunan permainan mudah alih untuk mengetuai penciptaan Apex Legends Mobile Games, tetapi ia adalah usaha kerjasama dengan pasukan Apex Legends kami yang ditubuhkan dan rakan kongsi lain,” — Chad Grenier, Apex Legends Game Director

Sumber: Respawn Entertainment

Valorant Mobile, Apex Legends Mobile & PUBG: New State semestinya bakal menjadi permainan mudah alih yang mendapat sambutan dalam kalangan peminat permainan battle royale dan penembak orang pertama.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya