MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Hatred Sertai Team SMG Sempena MPL MY S10

ai hyprgame
Kongsi
Hatred Sertai Team SMG Sempena MPL MY S10

Setelah Farewell kepada 5 pemain Team SMG, iaitu Stormie, Subway, Lyzerg, Wynn dan Xpdea. Kini Team SMG Mobile Legends Bang Bang MLBB sudah bersedia dengan Lineup terbaharu mereka bagi persiapan menghadapi MPL MY musim ke-10 pula. Lebih menarik apabila salah seorang pemain daripada Filipina juga telah menyertai divisi SMG bagi kejohanan yang akan datang. 

Kredit : ONIC PH TWITTER

Beberapa hari yang lalu, Team SMG sudah memuatnaik satu hantaran dengan caption farewell kepada pemain-pemainnya. 5 orang pemain mereka iaitu  Stormie, Subway, Lyzerg, Wynn dan Xpdea kini tidak lagi bersama pasukan ini. Walaubagaimanapun ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana usaha dan pengalaman bersama Team SMG. 

May be an image of 4 people and text
Kredit : Team SMG Facebook

Team SMG merupakan organisasi e-sukan di Asia yang mempunyai beberapai divisi seperti PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang, Dota 2, termasuk Peacekeeper Elite di China, dan Valorant di Singapura.

Seperti divisi lainnya, Mobile Legends Bang Bang buat organisasi SMG ini juga sangat sengit dibidang e-sukan ini.

Hatred resmi gabung Team SMG, jadi Filipina pertama di Malaysia | ONE  Esports Indonesia
Kredit : One Esports

Sempena Mobile Legends Bang Bang MLBB bagi acara MPL Malaysia musim ke-10 nanti, Team SMG telah menyiapkan lineup terbaharu mereka yang bijak dan berpengalaman. Malahan mereka telah menyerap masuk pemain hebat daripada Filipina iaitu Hatred menyertai SMG ini. 

Kredit : Youtube Angel Bruggie

Sebelum ini sudah ada banyak khabar angin berkaitan penyertaan pemain Filipina berhijrah ke Indonesia. Tetapi berbeza sedikit dengan SMG apabila pemain Filipina juga berminat menyertai Malaysia bagi divisi ini. 

Bagi Hatred atau nama sebenarnya Jaylord Gonzales merupakan pemain bagi pasukan Onic Filipina. Dia merupakan pemain yang serba boleh dan berpengalaman sebagai midlane dan roamer. Malahan Hatred pernah menjadi Gold Laner semasa bergiat aktif didalam pasukan Onic PH. 

Tetapi seiring open transfer pasukan Onic PH, Hatred juga memulakan langkah baharu nya dengan menyertai pasukan Malaysia iaitu Team SMG sekaligus berperanan sebagai Mid Laner mereka.

Untuk pengetahuan, selain Hatred pasukan Team SMG juga menerima kehadiran keluarga baharu mereka iaitu bekas pemain Suhaz Esports iaitu Box dan Nuar yang masing-masing memegang sebagai Jungler dan Roamer.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *