MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Tahniah Kepada peserta solo PMCT Mara ke PMNC

ai hyprgame
Kongsi
Tahniah Kepada peserta solo PMCT Mara ke PMNC

PUBG Mobile City Tournament PMCT telah pun membuka tirai pertamanya semalam. Kategori yang telibat adalah kategori Solo daripada Zon Tengah dan juga Zon Selatan. Malahan kategori Ladies juga menjadi perlawanan pertama PMCT 2022 ini. Keputusan telah pun dikeluarkan semalam dengan menyaksikan 5 peserta solo daripada kedua-dua Zon telah berjaya mara ke PMNC 2022 pula. Tahniah!

May be an image of 2 people and text that says 'PUBGL MOBILE MALA YSIA CITYTOURNAMENT TOP 5 PLAYERS QUALIFIED FOR CENTRAL ZONE KL4REDBanks KLDannyZero SLGCryo4k SLGAsdTGE SLGAstaXV LIVE ON FAN E PUBG MOBILE (MY) PUBG MOBILE Esports Malaysia KRAFTON Tencent Games PUBG MOBILE Malaysia LIGHTSEED&QUANTU'
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

PUBG Mobile Esports Malaysia mengucapkan ribuan tahniah diatas penyertaan mereka serta prestasi yang baik sehingga mampu melayakkan diri ke peringkat PMNC 2022 nanti. 

No photo description available.
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Untuk pengetahuan 5 peserta solo daripada Zon Tengah dan Zon Selatan telah pun dipilih untuk ke PMNC 2022. 

Hari ini kami kongsikan sedikit sneak peak berkaitan acara yang berlangsung semalam melalui sumber daripada PUBG Mobile Esports Malaysia. 

Peserta dengan nama KL4REDBanks berjaya mendapat 1 Win Win Chicken Dinner, dengan 38 Place Pts, 10 Kills, dan Total Pts sebanyak 48.

Manakala KLDannyZero, juga berjaya mendapatkan 1 WWCD dengan 32 Place Pts, 7 Kills dan Total Pts sebanyak 39. Ini menjadikan mereka Layak untuk mara ke PMNC 2022. 

Selain itu SLGCryo4k,  SLGAsdTGE dan SLGAstaXV turut mara ke PMNC 2022. 

Manakala untuk Zon Selatan pula adalah JHRRyuuDoZ, TRG1caa, PHGFizzOP, PHGKeemHB, dan JHRDynoRMC turut mara ke PMNC 2022. 

No photo description available.
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Selain kategori Solo bagi kedua Zon ini diadakan, acara bagi kategori Ladies juga melalui fasa pertamanya semalam dimana President Elara berjaya berada di ranking Top 1 didalam carta kategori ini selepas melalui 2 perlawanan semalam. 

Kredit : Youtube PUBG Mobile Esports Malaysia

Hebat-hebat Firepower yang ditunjukkan oleh para peserta PUBG Mobile bagi PMCT kali ini sehingga mampu berada di ranking terbaik tanpa WWCD. 

Namun begitu, adakah posisi ini akan dikekalkan sehingga titik yang terakhir, sekaligus memperolehi Win Win Chicken Dinner WWCD. 

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan Ladies sekali pada hari ini jam 2 petang. Malahan kategori Solo bagi Zon Utara dan Borneo pula akan bertempur bagi merebut tiket ke PMNC 2022. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *