MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pendaftaran Ditutup, Kategori SOLO PMCT bermula esok!

ai hyprgame
Kongsi
Pendaftaran Ditutup, Kategori SOLO PMCT bermula esok!

Pendaftaran PUBG Mobile City Tournament telah pun ditutup, kini tiba masanya untuk kita bersedia dengan aksi skuad PMCT yang akan memulakan kategori solo esok! 

Kredit : Youtube PUBG Mobile Malaysia

Untuk pengetahuan anda, pendaftaran PMCT ini telah bermula pada 1 Julai sehingga 14 Julai 2022. Manakala PMCT kategori SOLO telah ditutup sejak 7 Julai 2022 lagi.

Kredit: PUBG Mobile Esports Malaysia

PUBG Mobile City Tournament ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori Solo dan juga kategori Squad. Malahan kategori Ladies juga turut dipertandingkan. 

Untuk pengetahuan PUBG Mobile City Tournament ini merupakan pentas beradu tenaga bagi pemain mahupun pasukan PUBG Mobile khususnya di Malaysia sebelum mereka mara ke PMNC.

Pasukan-pasukan yang bermain pada PUBG Mobile City Tournament akan membuktikan mereka layak atau tidak untuk beraksi ke PMPL Spring Split 2023 nanti.

Seperti tournament sebelum ini, format PMCT ini akan dibahagikan kepada 4 zon di mana peringkat akhir akan dimainkan secara OFFLINE di tempat tertentu dalam zon masing-masing.

Memandangkan kategori Solo akan bermula sabtu ini, hari ini kami akan kongsikan secara ringkasnya mengenai format PMCT Solo yang diambil daripada sumber media sosial PUBG Mobile Malaysia.

Kredit: PUBG Mobile Esports Malaysia

Top 64 dari zon masing-masing bakal bertempur bermula Sabtu dan Ahad ini, dimana menerusi pertempuran tersebut Top 5 dari zon yang berada di kategori SOLO  akan menjadi sepasukan dan bertanding di PMNC Group Stage nanti.

Seterusnya mereka akan berpeluang untuk bertanding di PMPL 2023! Peserta solo inilah peluang anda untuk membuktikan anda sebenarnya layak menjadi pemain profesional PUBG Mobile. Adakah anda bersedia!? 

Perlawanan yang pertama akan bermula dengan Zon Solo pada Sabtu dan Ahad ini akan berlangsung pada 16 sehingga 17 Julai 2022, pada jam 1.30PM. Sudah bersedia untuk PUBG MOBILE City Tournament? Kita jumpa disana!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *