MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

“The Virtual” Konsert In-Game Blackpink X PUBG!

ai hyprgame
Kongsi
“The Virtual” Konsert In-Game Blackpink X PUBG!

Sekali lagi Kumpulan Kpop Wanita, Blackpink berkolaborasi bersama PUBG Mobile bagi konsert in-game pertama mereka di Utara dan Selatan Amerika yang masing-masing akan berlangsung pada 22 sehingga 23 Julai 2022, kemudia di Selatan Amerika pada 29 sehingga 30 Julai 2022. 

Malahan, konsert itu juga dikatakan akan diraikan di seluruh dunia bermula 23-24 Julai 2022, dan sesi kedua pada 30-31 Julai 2022. 

Kredit : Twitter PUBGMOBILE

Menurut sumber Hypebeast, Blackpink akan melancarkan muzik terbaharu mereka “The Virtual” di musim panas ini bagi kolaborasi mereka bersama PUBG Mobile. 

Blackpink yang terdiri daripada Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa ini sekali lagi akan kembali ke atas pentas persembahan bagi mempersembahkan lagu-lagu hit mereka dan track terbaharu bersempena in-game konsert bersama PUBG Mobile ini. 

BLACKPINK And PUBG Mobile Drop Details About Their Collab — From Music To  Special Items, Here's What To Expect - Koreaboo
Kredit : Koreaboo

Pastinya, ramai peminat PUBG Mobile dan Blackpink sendiri untuk menantikan video klip menarik menerusi kolaborasi ini. 

Untuk pengetahuan , Blackpink sebelum ini pernah berkolaborasi dengan PUBG Mobile pada tahun 2010. Melalui kerjasama tersebut pastinya peminat PUBG telah pun mendengar runut bunyi daripada album mereka sebagai muzik latar PUBG Mobile Battleground

Kredit : Youtube iPinkBlinks

Menurut sumber media Korea, YG Enterntaiment selaku syarikat yang menguruskan kumpulan ini memberikan kenyataan yang mereka ingin memberikan peluang kepada artis dan peminat untuk berkomunikasi dengan lebih dekat tanpa halangan. 

“Kami harap peminat akan terhibur dengan konsert Virtual Blackpink ini.” – YG Entertaiment. 

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai acara ini serta tawaran hebat menerusi konsert “The Virtual” ini, anda boleh melayari laman sosial rasmi Twitter PUBG Mobile bermula 15 Julai 2022. Anda akan berpeluang mendapatkan tiket konsert percuma juga. Agak-agaknya apa lagi yang menarik kita dapat nikmati melalui konsert ini ya? 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *