MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

4 Pemain EVOS Mengundurkan Diri

ai hyprgame
Kongsi
4 Pemain EVOS Mengundurkan Diri
Kredit : Facebook EVOS ESPORTS

Minggu ini EVOS telah membuat satu hantaran dengan kenyataan secara rasminya berkenaan 4 pemain mereka yang akan memulakan langkah baharu dengan meninggalkan pasukan ini. 

Menerusi hantaran tersebut, EVOS Esports telah menulis satu caption “ farewell “ kepada 4 pemain mereka. 

Kredit : Twitter EVOS ESPORTS

“Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada EVOS Esports Rexxy, Zoeybit,  Rich,and Irish. Semoga berjaya untuk perjalanan baharu nanti”.- EVOS Esports

Untuk pengetahuan, EVOS Esports adalah kelab esports profesional yang berada di Indonesia, dan memiliki cawangan di Singapura, Vietnam, Thailand, dan Filipina.

Ternyata banyak kisah suka dan duka sepanjang 4 pemain ini bersama EVOS, kejohanan demi kejohanan dilalui bersama. 

Hari ini, mereka semua akan mengorak langkah yang baharu dengan target masing-masing.

Mungkin ada peminat yang tidak bersetuju dengan pengunduran mereka daripada EVOS, tetapi perubahan itu tidak salah dilakukan bagi penambahbaikan diri dan juga pasukan tersebut. 

Ini kerana ada peminat yang mengatakan 4 pemain ini mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri di arena Mobile Legends Bang Bang MLBB ini.

Jadi jika dibiarkan tanpa diasah atau menyertai pasukan lain akan menjadi kerugian buat mereka anda disia-siakan. 

Mungkin suatu hari nanti 4 pemain ini akan mampu menembusi MPL musim yang akan datang kelak. 

May be an image of text
Kredit : Facebook EVOS ESPORTS

Pencapaian EVOS sebelum ini adalah menjadi Juara MPL ID S4, M1, MPL ID S7, NIMO TV MLBB Arena S3 dan banyak lagi kejohanan lain yang disertai pasukan hebat ini. Semoga perjalanan 4 pemain ini mahupun EVOS sendiri tetap bersinar di arena MLBB ID.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *