MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

“Selamat Datang Cik Am”. – Nsea

ai hyprgame
Kongsi
“Selamat Datang Cik Am”. - Nsea

Tidak memilih melakukan sebarang rombakan seperti pasukan lain, Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan atau lebih dikenali sebagai pasukan NSEA dengan cara mereka yang tersendiri dengan menambah Cik Am sebagai Analyst khas buat pasukan ini sebagai persiapan PMPL MYSGPH FALL 2022. 

Melihatkan open transfer, loan transfer pasukan lain, Nsea tetap mengekalkan pasukan mereka seperti sediakala. Tetapi memilih meningkatkan sistem otak pasukan sempena PMPL MYSGPH FALL nanti.

Mungkin bagi pasukan Nsea, Analyst memberikan pengaruh yang besar kepada prestasi persembahan pasukan khususnya ketika kejohanan terbesar diadakan. 

Setelah puas berteka-teki melalui hantaran media sosial rasmi milik Nsea, kini Nsea memperkenalkan Mohd Iwan Idham Dulah Nawir atau lebih dikenali sebagai Cik Am sebagai pakar Analyst pasukan Nsea. 

Untuk pengetahuan, Cik Am sebelum ini sudah pernah berkhidmat bersama Nsea sebagai Analyst sejak 16 Ogos 2022 sehingga 19 Febuari 2022. 

Ini bermakna Cik Am tidaklah asing lagi dengan arena kompetetif PUBG Mobile Malaysia ini. 

Kini Cik Am menyertai semula Nsea demi mempersiapkan pasukan ini di kejohanan besar PMPL MYSGPH FALL 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sehingga semalam, masih ramai peminat PUBG Mobile berteka-teki tentang keluarga baharu Nsea ini. Akhirnya segalanya terjawab apabila Nsea sendiri telah mengumumkan secara rasminya penyertaan Cik Am kembali bersama Nsea.

Penganalisis didalam e-sukan sangat penting untuk memperkukuh pemain prestasi pemain, membangunkan pasukan dan memotivasi pasukan secara serentak. Kerana dalam kejohanan e-sukan, jika kita tidak mempunyai penganalisis akan membawa kepada risiko  kegagalan kepada sesebuah pasukan. 

Jadi Analyst berpengalaman dan mahir seperti Cik Am penting didalam pasukan e-sukan khususnya Nsea ini. 

Nampaknya, Nsea kali ini benar-benar ingin menjadi juara PMPL sehingga bertekad untuk menguatkan bahagian otak pasukan. Semoga strategi yang dirancang Nsea ini membawa kejayaan kepada mereka di PMPL MYSGPH FALL 2022!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Ikon Disahkan oleh Komuniti
Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *