MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

NSEA Ada Ahli Baharu?

ai hyprgame
Kongsi
Kredit : Facebook Negeri Sembilan Esports Association (Nsea)

Satu hantaran telah dimuatnaik diakaun media sosial pasukan Negeri Sembilan Esports Association (Nsea) menimbulkan teka-teki peminat PUBG Mobile tentang siapakah gerangan yang akan menjadi keluarga baharu Nsea bagi PMPL MYSGPH S6 nanti. 

Nsea telah menyatakan yang mereka tidak akan merombak pasukan ini, tetapi mereka akan memperkuatkan dengan penambahbaikkan sahaja. 

Penyertaan individu tersebut didalam Nsea akan berperanan sebagai Analyst bagi mempersiapkan diri mereka ke PMPL MYSGPH S6 yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Menurut sumber yang dipercayai, penambahan Analyst didalam pasukan Nsea adalah bertujuan memperkasakan bahagian otak pasukan.

Kredit : Facebook Negeri Sembilan Esports Association (Nsea)

Hantaran di media sosial milik Nsea semakin rancak dengan caption yang memberikan klu kepada peminat PUBG Mobile khususnya peminat Nsea.

“ Apabila dia bekerja sebagai analyst, dia akan melihat permainan itu seperti seorang jurulatih” – Nsea

Menurut sumber daripada Nsea, pendatang baharu buat Nsea itu seorang yang suka menunggang motosikal, dan sering memuatnaik tentang minatnya itu di media sosial Tiktok. 

Sudah tentu individu ini amat dikenali dalam kalangan peminat PUBGM di malaysia dan bukan calang-calang orang dapat diserap menjadi sebahagian Nsea. 

Kita juga tahu yang dunia e-sukan ini, jika kita ingin dilihat oleh pasukan-pasukan establish seperti Nsea ini pastinya bakat, prestasi dan kebolehan menjadi keutamaan. 

Untuk pengetahuan anda yang baharu sahaja memulakan langkah didalam e-sukan PUBG Mobile ini, Nsea merupakan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan @ NSEA yang didaftar sebagai badan sukan dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997.

Skuad ini juga pernah menggalas cabaran negara pada temasya Sukan Sea yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei lalu.  

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *