MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Uhigh Kembali Bersama Genexus?

ai hyprgame
Kongsi
Uhigh Kembali Bersama Genexus?

Sejak beberapa hari ini, kita sering melihat pertukaran demi pertukaran pemain didalam scene e-sukan. Terkini pasukan BTR RA sudah memuat naik hantaran di media sosial rasmi Instagram milik mereka berkenaan Roster baru BTR RA. Malahan ketiadaan Uhigh didalam Roster tersebut juga menjadi tanda tanya kepada peminat PUBG Mobile. Ada juga khabar angin yang tersebar mengatakan Uhigh akan kembali menyertai Genexus semula. Namun sejauh mana kebenaran ini belum lagi diumumkan secara rasmi. 

Kredit : Youtube Starlest

Perpindahan demi perpindahan pemain daripada pasukan lain itu sudah menjadi lumrah didalam arena e-sukan tidak kira di Malaysia mahupun negara lain.

Tidak kira sukan Mobile Legends Bang Bang MLBB mahupun PUBG Mobile juga tidak terlepas daripada pengalaman ini. 

Kredit : Instagram BTR RA

Semalam pasukan PUBG Mobile Indonesia, BTR RA telah memuat naik satu hantaran berkenaan Roster baru pasukan ini pada musim yang baharu.

Melalui Roster itu sudah menjadi tanda tanya kemana perginya Uhigh didalam senarai pemain pasukan ini?

Apakah Uhigh benar-benar sudah bertukar angin kembali ke Malaysia seperti yang khabarkan oleh netizen dan media? Ataupun iainya cuma sekadar prank semata-mata.

Tekaan ini menjadi semakin kukuh apabila melihatkan pasukan Malaysia yang pernah disertai Uhigh bersama BiuBiu juga memuat naik satu hantaran gambaran pemain baru mereka.

Jika dilihat melalui bayangan hantaran tersebut, ianya seperti susuk tubuh Uhigh. Malahan ramai peminat PUBG Mobile yang mengatakan gambaran itu adalah Uhigh. 

Kredit : Instagram Genexus

“ Teaser 2.0 kali ini benar-benar terjadi. Cuba teka siapa pemain baru kami ? Jawapan yang betul sahaja.” – genexus_official

Selain hantaran pasukan Genexus Malaysia ini, hantaran pasukan Indonesia BTR RA juga mengejutkan ramai pihak. 

Hari ini @genfostar rasmi melengkapkan roster ke-5 Bigetron Red Aliens ! Dah bersedia dengan Red Alien untuk musim ini ? tuliskan komen semangat anda ! “ – BTR RA  

Terkini lineup pasukan Bigetron RA disertai oleh si kembar Luxxy dan Zuxxy, Miseryy, Liquid dan Genfos sebagai new comer buat Bigetron RA. Gambaran Lineup ini telah dimuat naik oleh Bigetron RA sendiri di Instagram rasmi mereka. 

Selain Uhigh, Ryzen jika dikatakan berehat pro scene PUBG Mobile bagi memberi ruang untuk dirinya memperbaiki prestasinya. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *