MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Selepas 2 Tahun, Kini Spellbreak Ditutup

ai hyprgame
Kongsi
Selepas 2 Tahun, Kini Spellbreak Ditutup

Battle Royale : Spellbreak dikhabarkan akan menutup operasi mereka sebagai permainan online magis fantasi selepas berada di arena game online ini selama 2 tahun. Hal ini juga berikutan kerana Blizzard Entertainment akan mengambil alih studio yang membangunkan Spellbreak, Proletariat. 

Kredit : Youtube Game Spot

Kemampuan Spellbreak untuk terus berada di pasaran mengalami kesukaran dan ini juga menyebabkan permainan ini akan ditutup daripada industri online e-sukan ini. 

Bagi yang belum lagi mengetahui tentang keberadaan Spellbreak sebagai senarai game online. Artkel ini akan berkongsi sedikit berkenaan Battle Royal fantasi dan magis Spellbreak.

Untuk pengetahuan, Spellbreak dilancarkan pada tahun 2020, permainan ini menggunakan Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One sebagai akses kepada penyertaan pemain. 

Spellbreak merupakan permainan sihir aksi dan fantasi epik dimana memerlukan pemain untuk bertarung sebagai hero yang mempunyai kekuatan hebat. 

Malahan iainya menjadikan pemain mempunyai benteng pertahanan yang hebat.

Ianya juga menengahkan kombinasi mantra yang luar biasa dan akan membuatkan pemain dapat membina strategi, menguasai permainan semasa pertempuran. 

Secara tidak langsung pemain akan mudah mendominasikan Hollow Lands secara solo ataupun bersama kumpulan dalam usaha untuk tetap bertahan semasa pertempuran berlaku. 

Kredit : Twitter IGN

Pengumuman telah pun dibuat secara rasmi oleh Spellbreak sendiri melalui laman media sosial rasmi milik mereka. 

Selepas beberapa tahun beraksi bersama magik, mereka membuat keputusan untuk menghentikann Spellbreak. 

Malahan pelayan juga akan ditutup pada awal tahun 2023 ini. 

Kredit : Youtube Duke Sloth

Spellbreak berterima kasih kepada peminat-peminat mereka yang setia bersama permainan ini sehingga kini. Sokongan daripada peminat sepanjang pengembaraan di Hollow Lands sejak 2018 adalah sangat bermakna buat pereka permainan ini. 

Kerana permainan ini boleh diakses secara percuma, dan mempunyai keunikkan kerana kita boleh menggunakan pelbagai elemen kombinasi. Permainan ini juga mudah digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jadi ini mungkin juga menjadi penyebab Spellbreak tidak dapat bertahan lebih lama lagi. Kita pasti akan merindui momen-momen Spellbreak yang juga pernah dipopularkan oleh PUBG dan Fortnite ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *