MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Geekfam ID Serap Pemain Daripada PH?

ai hyprgame
Kongsi
Geekfam ID Serap Pemain Daripada PH?

Mengikut sumber yang dipercayai, telah tersebar desas-desus yang mengatakan Geekfam Indonesia akan membawa masuk pemain daripada Filipina menyertai divisi Mobile Legends Bang Bang mereka. Namun sejauh mana kebenaran ini belum dapat dipastikan. Sehingga kini kenyataan rasmi daripada mereka belum lagi dikeluarkan. Apakah penyertaan pemain PH ke ID akan memberikan perubahan baharu buat pasukan Geekfam ID ini? Kita tunggu dan lihat nanti!

Bjorn Ong atau lebih dikenali sebagai Zeys didalam arena kompetetif e-sukan Mobile Legends Bang Bang ini baru-baru ini telah menyebut tentang kehadiran pemain daripada Filipina yang sememangnya akan menyertai pasukan Indonesia iaitu Geekfam ID.

Zeys menyebut hal ini menerusi sesi live streamingnya baru-baru ini, rata-rata peminat Mobile Legends Bang Bang juga memberikan pelbagai reaksi melalui kata-katanya. 

Kredit : Youtube Zeys

“ Geekfam ID mempunyai pemain daripada Filipina untuk musim ke-10 MPL.” – Zeys

Untuk pengetahuan, sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat tentang khabar angin mahupun info yang menunjukkan ramai pemain daripada Filipina mula berpindah menyertai pasukan Indonesia.

Terlalu banyak khabar angin yang berlaku selagi mereka belum membuat sebarang kenyataan rasmi samaada mahu berpindah ke pasukan Indonesia yang mana, atau mahu bertukar angin ke karier lain selepas Mobile Legends Bang Bang MLBB. 

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6194845023279886380_y-1024x536.jpg

Umum telah ketahui, yang pasukan Filipina sememangnya hebat dan mempunyai kekuatan yang luar biasa. 

Selain itu kebolehan mereka dan sportsmanship didalam perlawanan juga memainkan peranan penting ketika pertempuran. 

Mungkin ini menjadi penyebat kenapa pasukan Indonesia ingin membuka ruang buat Filipina menyertai mereka sebagai pemain professional MLBB Indonesia pula. 

Sebelum ini pemain daripada Filipina Kairi dikhabarkan akan menyertai ONIC ID. Bukan sahaja Kairi, nama Kelra juga turut terbabit didalam perpindahan ini. Cuma tentang pasukan Indonesia mana yang jadi tujuan mereka sehingga kini media belum lagi dapat tahu.

Jadi ini boleh menambahkan lagi keyakinan peminat Mobile Legends Bang Bang tentang keberadaan pemain Filipina didalam divisi Indonesia pula.

Malahan Bjorn Ong pada beberapa hari yang lalu juga pernah membuat satu hantaran di Facebook miliknya berkenaan pencarian pemain daripada Filipina bagi menyertai EVOS Legends.  

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *