MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Last Call Pendaftaran Peringkat Kelayakkan MPL MY S10!

ai hyprgame
Kongsi
Last Call Pendaftaran Peringkat Kelayakkan MPL MY S10!

LIGA PROFESIONAL MOBILE LEGENDS – MPL-MY Musim Kesepuluh kini kembali lagi, pencarian untuk lagenda seterusnya telah pun bermula, pendaftaran peringkat kelayakkan Malaysia telah pun dibuka sejak 23 Jun 2022 – 3 Julai 2022 (11.59 pm) ini. Jadi kepada yang masih belum mendaftar tu, cepat-cepat tau! Agak-agak pasukan Malaysia manalah yang jadi juara MPL MY Musim Ke-10 ni pula ya? 

Mobile Legends Lore 2022 Update cover
Kredit : Gaming On Phone

Untuk pengetahuan, dua pencabar baru akan dipilih dari peringkat kelayakan dan perlu teruskan perjuangan mereka untuk kekal di dalam Liga, beserta dengan 8 pasukan jemputan dari Musim Kesembilan kembali menyertai Liga Musim Kesepuluh untuk membuktikan kehebatan masing-masing, pertandingan ini akan menjadi suatu pertempuran yang mencabar untuk kesemua pihak.

Tidak sabar rasanya untuk melihat game play yang mantap oleh pasukan-pasukan kegemaran Malaysia kali ini. 

Bagi yang ingin mendaftar anda boleh menekan pautan yang telah dimuat naik oleh Facebook MPL Malaysia. 

Segala butir-butir penyertaan dan syarat kelayakkan boleh dirujuk melalui pautan tersebut. 

Pusingan kelayakkan Malaysia (terbuka) akan bermula pada 7 Julai 2022 sehingga 9 Julai 2022 iaitu selama 3 hari  dimana team akan terpisah ke 6 kumpulan kemudian setiap kumpulan akan mengandungi 128 Pasukan untuk bermain ‘Best of 1’ (Penyingkiran Tunggal)

Manakala di pusingan akhir pula untuk setiap kumpulan akan dimainkan dalam ‘Best of 3’: (Penyingkiran Tunggal) daripada Top 8 Open

Seterusnya, Top 2 pemenang pasukan dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan kelayakan Malaysia (Akhir). 

MPL telah menjadi salah satu acara yang mengumpulkan pasukan professional daripada seluruh pelusuk dunia untuk bertarung menjadi juara Mobile Legends Bang Bang  sekaligus meraih Trofi Sang Juara dan pool prize lumayan. 

Kredit : Youtube MLBB Official

Bagi MPL musim ke-9, pasukan Todak telah dinobatkan sebagai Juara MPL MY, dan juga merupakan juara MPL MY dua kali berturut-turut. 

Kredit : Gamer Santai

Menurut Esports Charts, MLBB merupakan esukan yang paling popular dinegara ini, sehingga menyaksikan jumplah penonton yang sangat ramai iaitu sebanyak 143,783 tontonan

Siapakah yang akan memenangi pertempuran ini dan seterusnya dinobatkan menjadi Legenda baharu MLBB MPL S10?

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *