MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pasukan MY Kembali Top, Road To Asian Games 2022

ai hyprgame
Kongsi
Pasukan MY Kembali Top, Road To Asian Games 2022

Asian Games 2022 akan berlangsung tidak lama lagi, siapakah yang akan mewakili Malaysia di RDAG Regional? Semalam telah bermula hari pertama acara Road To Asian Games 2022 (RDAG) yang telah menyaksikan pasukan Malaysia sudah kembali dengan rentaknya semula ketika perlawanan ini. 

May be an image of text
Kredit : Facebook PUBG Mobile Malaysia

Hari pertama PUBG Mobile Road To Asian Games 2022 telah menyaksikan beberapa pasukan Malaysia berjaya ke ranking top mendahului pasukan lain yang bertanding untuk kategori kelayakkan ini.

Pasukan Malaysia iaitu SEM9, Tabah Nsea, dan Genexus berada di tangga Top 3 didalam carta Road To Asian Games 2022.

Kredit : Youtube PUBG Mobile Malaysia

Sebelum ini kita telah melihat prestasi mereka di PMPL yang lalu, malah anda diantara mereka (pemain) daripada pasukan ini yang menyertai Sukan Sea Hanoi Vietnam baru-baru ini berupaya membawa pulang pingat Gangsa buat Malaysia. 

Manakala pasukan Genexus yang kini telah kembali ke trek PUBG Mobile dan pernah menyertai pusingan kelayakkan Sea Play-Ins yang lalu juga tidak kurang hebatnya.

Kredit : Youtube PUBG Mobile Malaysia

Bagaimana pula dengan pasukan SEM9 yang mempunyai pencapaiannya juga ketika di PMPL MYSG S4, PMPL MYSG S2, dan lain-lain lagi kejohanan sepanjang berada di arena kompetetif PUBG Mobile ini.

Setelah menempuhi cabaran dan rintangan, malahan pernah jatuh dan hilang rentak ketika kejohanan yang lalu.

Kredit : Liquipedia

Kini mereka kembali semula mencari rentak yang hilang itu. Akhirnya mereka mampu menduduki tangga yabng teratas ketika Road To Asian Games (RDAG) ini.

Selain Sem9, Tabah Nsea, dan Genexus, pasukan-pasukan lain iaitu 4RIVALS, AXIS redONE, Team Bosskurr, Team Secret, Dingoz Esports,  Farang Lejund, GeekFam, Homebois, RSG, VIP, Don’t Break Dreams, MAB Esports, dan Guerilla juga akan turut merebut menjadi wakil negara yang akan mengharumkan nama Malaysia nanti!

Persaingan semakin sengit apabila ketiga-tiga pasukan yang berada di ranking TOP 3 kelmarin saling bersaing bagi merebut tangga pertama di perlawanan tersebut.

Pasukan Tabah NSEA berjaya menduduki tangga yang pertama (Top 1) dengan berbekalkan Back To Back Chicken Dinner. 

Manakala Top 2 dan 3 masing-masing diikuti dekat oleh SEM9 dan GENEXUS

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *