MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Honkai Star Rail, Game RPG Kagum Akan Tiba!

ai hyprgame
Kongsi
Honkai Star Rail, Game RPG Kagum Akan Tiba!

Jika anda menyukai permainan Genshin Impact, pastinya anda akan terpegun dengan Honkai Star Rail yang akan tiba tidak lama lagi. Honkai Star Rail merupakan projek terbaharu daripada HoYoverse yang juga merupakan pembangun kepada permainan Genshin Impact.

Untuk pengetahuan, HoYoverse juga sebelum ini telah mengeluarkan siri Honkai yang pertama iaitu Honkai Impact 3rd. 

Kali ini beliau ingin mengejutkan dunia pencinta permainan maya peranti mudah alih mahupun PC dengan projek terbarunya iaitu Honkai Star Rail

A fight in Honkai Star Rail
Kredit : One Esports

Permainan terbaru didalam siri Honkai ini tidak lagi menggunakan cara permainan yang sama dengan siri yang sebelum ini iaitu Honkai Impact 3rd dimana ianya seakan sama Persona 5 dan Final Fantasy.

Khabarnya, Honkai Star Rail akan menyajikan pemain dengan pengalaman permainan yang menakjubkan, dan lebih baik daripada siri sebelumnya. 

Kredit : Youtube Chaotik (Cha0tik)

Pemain akan dapat menerokai lebih daripada satu alam atau tempat bersama Honkai Star Rail

Honkai Star Rail boleh menjadi game RPG terbaik seperti game lain kerana potensi yang ada pada permainan ini boleh dikatakan hebat juga. 

Setakat ini tarikh sebenar Honkai Star Rail akan dilancarkan belum lagi diumumkan secara rasmi daripada pihak pembangun permainan ini.

Kredit: Twitter Honkai Star Rail

Namun begitu, melalui sumber yang dipercayai, rata-rata media memberikan perkhabaran yang Honkai Star Rail akan dijangka tiba pada June 2022 atau mungkin awal tahun 2023. 

Dengan tema Sci-Fi, Honkai Star Rail akan dipenuhi dengan karakter menarik dan hebat seperti Sampo, Gepard, Bronya, Pela dan banyak lagi.

Karakter-karakter ini mewakili pelbagai elemen seperti air, angin dan lain-lain lagi. Malahan permainan ini adalah bersifat “turn-based gameplay” yang membolehkan pemain mudah untuk mempelajari cara permainannya, dan juga menyeronokkan.

Tempo pergerakan dan tindakbalas karakter-karakter didalamnya juga sangat cepat. Misalnya ketika menerima damage daripada lawan, karakter-karakter ini terus mendapat tenaga (energy) bagi mengeluarkan skill hebat (Ultimate). 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honkai Star Rail ini anda boleh mengikuti akaun rasmi Twitter dan website mereka supaya tidak terlepas status pelancaran permainan ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *