MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Kairi dan Coach Yeb Sertai Onic ID?

ai hyprgame
Kongsi
Kairi dan Coach Yeb Sertai Onic ID?

Sudah tersebar desas-desus yang mengatakan pemain dan jurulatih Mobile Legends Bang Bang daripada Filipina ingin bertukar angin menyertai pasukan Indonesia bagi divisi MLBB Onic ID. Sejauh mana kebenaran ini pihak mereka masih lagi belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berkenaan khabar angin ini. Agak-agaknya bila agaknya Malaysia pula nak import pemain daripada luar negara menyertai pasukan Malaysia bagi esukan seperti MLBB ini ya? Jika diberikan peluang, kalian nak import siapa sertai pasukan mana? Apa-apapun, semoga yang terbaik buat Kairi dan Coach Yeb!

Kredit : Instagram emak_moba

Nampaknya harapan untuk Kairi menyertai pasukan daripada negara seberang iaitu Indonesia hampir menjadi kenyataan.

Mana tidaknya setelah semakin hari ada saja kedengaran tentang perpindahannya itu di platform media sosial.  Netizen juga sering berbual soal itu lewat di komen-komen media sosial esukan. 

Kredit : Youtube Cho TV

Adakah Kairi akan memberikan kelainan pada MPL musim ke-10 nanti ? kita tunggu dan lihat saja nanti.

Kredit : Twitter Onic PH

Menurut sumber media Filipina iaitu Tiebreaker Time mengatakan yang Jungler berusia 16 tahun itu iaitu Kairi ingin sedang menuju ke Indonesia bagi persiapannya untuk beraksi bersama Onic Esports bagi MPL Indonesia musim ke-10 ini. 

Kredit : Youtube E-sports Arena

Bekas Jungler bagi pasukan Blacklisted International ini pernah menyatakan yang dia sangat sukakan pasukan Onic Esport ini kerana skills dan prestasi mereka yang juga tidak kurang hebatnya. Kairi sememangnya berimpian untuk menyertai Onic Esport.

Image
Kredit : Twitter Onic PH

Walaupun Onic Esports pernah mengalami beberapa kekalahan pada kejohanan yang lalu, kehadiran Kairi pasti menjadi lembaran baru buat Onic Esport bagi MPL ID S10 nanti.

Pasukan Onic Esports pernah memenangi MPL ID S8 dan MPL Invitational pada tahun lalu.

Kredit : Liquipedia

Selain Kairi, jurulatih pasukan Filipina yang dikenali sebagai Coach Yeb juga dikhabarkan akan berpindah ke pasukan Indonesia. Coach Yeb akan menemai Kairi menyertai divisi Onic Esports.

Kredit : Twitter Onic PH

Setakat ini belum lagi ada kenyataan rasmi daripada pihak Kairi mahupun Coach Yeb, dan jika khabar angin benar maka Kairi akan menjadi pemain import pertama daripada Filipina yang menyertai Indonesia nanti.

Masalah komunikasi mungkin akan berlaku, tetapi kita pasti Onic Esports pasti akan dapat menyelesaikan isu ini kelak.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *