MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Malaysia Bangkit Semula Menang 2-0 Lawan MM

ai hyprgame
Kongsi
Malaysia Bangkit Semula Menang 2-0 Lawan MM

Setelah kalah pada pusingan pertama menentang pasukan Filipina dengan mata 2-0, pasukan Malaysia telah bangkit semula dengan mengalahkan pasukan Myammar MM pada match ke- 7 di hari pertama dengan nilai mata 2-0 di acara Mobile Legends Bang Bang Sukan Sea Hanoi Vietnam Ke-31.

Kredit : My Game On

Ternyata perlawanan kedua Kontijen Malaysia ini telah memberikan tuah buat mereka apabila mendapat kelebihan di minit awal ketika mereka mengasak pushing Ling sekaligus berjaya mencapi objektif yang mereka kehendaki.

May be an image of 4 people, people standing and text
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Walaupun pada awalnya, pasukan Myanmar cuba membalas asakan dari pasukan negara dengan mengagalkan pasukan Malaysia ketika rampasan Lord, pasukan Malaysia berjaya membalas semula serangan pasukan Myammar itu.

Kredit : Youtube Mobile Legends Bang Bang Official

Hal ini demikian kerana, disiplin serta fokus yang telah ditunjukkan oleh Kontinjen Negara sangat tinggi dan mereka berjaya mengawal kembali suasana ketika perlawanan.

Manakala MVP untuk kedua-dua match pula dimenangi oleh marksman iaitu Momo yang begitu berani melawan sesiapa sahaja sehingga berjaya memungut nilai KDA 16/1/10.

M3: 2 kali MVP, Momo carry Todak dapatkan kemenangan lawan NaVi
Kredit : My Game On

Untuk pengetahuan, Malaysia akhirnya mendapatkan kemenangan sejurus Iron Hook yang dimainkan oleh Xorn terkena tepat kepada Black yang cuba melarikan diri.

Kredit : Youtube Drama Streamer Malaya

Pasukan Malaysia begitu menjaga gawang pertahanan supaya mereka boleh mengalahkan musuh dengan strategi yang tepat. Sehingga ramai yang memberi komen positif tentang kehebatan skilss pasukan Malaysia ini.

Kredit : Drama Streamer Malaya

Cuma tinggal lagi satu sahaja perlawanan sahaja sebelum berakhirnya Mobile Legens Bang Bang di Sukan Sea Hanoi Vietnam. Adakah pasukan Malaysia akan berjaya mengumpulkan beberapa lagi Mata bagi menggapai pingat buat Malaysia?

Ayuh kita sama-sama memberikan semangat dengan menonton perlawanan terakhir nanti di seluruh platform sosial media seperti Facebook, Youtube MPL Malaysia atau Mobile Legends Bang Bang Official. Semoga Harimau Mengaum !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *