MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Reset Semula Fokus Pada Kategori Skuad Gapai Pingat

ai hyprgame
Kongsi
Reset Semula Fokus Pada Kategori Skuad Gapai Pingat

Setelah gagal merebut mana-mana Pingat ketika Kategori Solo 2 hari berturut-turut, kini pemain-pemain Kontijen Malaysia ini akan berganding-bahu dalam acara Kategori Berkumpulan (Skuad) bagi menebus kembali Pingat buat Malaysia di Sukan Sea Hanoi Vietnam bermula hari ini sehingga 22 Mei 2022! Apakah tekanan yang bakal dihadapi skuad Malaysia? kita saksikan nanti!

May be an image of 7 people, people standing and text
Kredit : Facebook PUBG Mobile Esports

Dengan persaingan yang begitu sengit setiap pemain dari seluruh negara, pemain Malaysia tetap berusaha untuk membuktikan yang mereka akan berjaya di peringkat berkumpulan squad nanti. Kita boleh rujuk semula carta ranking keseluruhan dan aksi-aksi hebat Uhigh mahupun Jumper ketika hampir menang mengalahkan pemain lawan.

No photo description available.
Kredit : @PUBGMOBILE.MY.OFFICIAL

Namun begitu, rezeki bukan milik Malaysia kali ini dan sudah tentu menjadi adat pertandingan ada menang dan ada kalah. Tetapi kelebihannya disini adalah pemain-pemain Malaysia ini sudah dapat membaca langkah pemain yang lain kelak.

May be a closeup of 1 person, standing and text
Kredit : Facebook PUBG Mobile Esports

Pasukan Malaysia akan bersaing dengan 8 lagi pasukan negara lain iaitu Vietnam, Thailand, Myammar, Indonesia, Filipina, Laos, Cambodia, dan Brunei untuk merebut gelaran pemenang Pingat di Sukan Sea 31 ini.

May be an image of 1 person, standing and indoor
Kredit : Facebook PUBG Mobile Esports

Saksikan Livestream Sukan Sea 31 PUBG Mobile (Mod Berkumpulan) di saluran Facebook, Youtube, Tiktok PUBG Mobile bagi mengikuti kemaskini terkini serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada skuad negara Malaysia.

Jangan sangka perjuangan skuad Malaysia berakhir saat pemain-pemain ini gagal mendapatkan mana-mana pingat untuk dibawa pulang ke Malaysia. Ternyata mereka kini harus reset semula dan merancang pelbagai strategi demi kelancaran pasukan semasa perlawanan secara kumpulan berlangsung kelak.

May be an image of text that says 'PUBG MOBILE ESPORTS 31SE 31"S PENGUMUMAN VIETNAM2021 KATEGORI BERKUMPULAN PEMINAT PUBG MOBILE ESPORTS YANG DIHORMATI: DISEBABKAN PELARASAN TEKNIKAL. SIARAN LANGSUNG [PERINGKAT KELAYAKAN- KATEGORI BERKUMPULAN] AKAN DITANGGUHKAN KE HARI ESOK: KHAMIS 19 MEI 2022 TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN BERTERUSAN ANDA. JUMPA ANDA DALAM LIVE ESOK! KRAFTON SEAGAMES31 GGAMES VIRESA'
Kredit : Facebook PUBG Mobile Malaysia

Untuk pengetahuan, Kategori Skuad PUBG Mobile sepatutnya berlangsung terus semalam 18 Mei selepas Kategori Solo Tamat, namu kerana adanya masalah teknikal, perlawanan ditunda dan dijangka berlangsung pada hari ini 19 Mei 2022.

Kredit : Youtube PUBG Mobile Esports

Diharapkan perjalanan pemain-pemain buat skuad Malaysia pada acara PUBG Mobile (Skuad) ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan supaya mereka mampu memberikan persembahan yang terbaik buat negara Malaysia khususnya.

Dengan skills dan aksi yang dipersembahkan oleh keenam-enam pemain ini semasa acara Solo 2 hari berturut-turut dapatlah digunakan (full utilized) sebaik mungkin ketika perlawanan nanti. Kerana mereka sudah ada pengalaman ketika permainan yang lalu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *