MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Top 10 Ranking Cubaan Yang Bagus Malaysia

ai hyprgame
Kongsi
Top 10 Ranking Cubaan Yang Bagus Malaysia

Walaupun tidak berjaya memenangi sebarang Pingat buat Malaysia di Kategori Solo PUBG Mobile semalam, pemain Malaysia sudah pun melakukan yang terbaik sepanjang perlawanan berlangsung. Jumper dan Uhigh telah pun berjaya menjadi top 10 pemain terbaik untuk acara solo ini iaitu masing di rank ke-6, dan ke-10. Kita imbas semula perjalanan mereka di peringkat solo untuk 2 hari berturut-turut ini. Melihatkan aksi mereka , tiada rezeki di acara solo mungkin lebih hebat di kategori berkumpulan pula!

Kredit : My Game On

Keenam pemain Malaysia ini tidak kurang hebatnya, kerana telah bertungkus-lumus bangkit sepanjang permainan berlangsung.

Kredit : Youtube Azr Channel

Cubaan terbaik oleh pemain wakil Malaysia iaitu Jumper yang berjaya mangakhiri perjalanan Individula Mode ini di tangga TOP 6 dengan memperolehi dua kali Win Win Chicken Dinner DOUBLE WWCD berturut-turut yang hampir sahaja dapat mengalahkan pemain lawan.

Kredit : Youtube Gaming Malaya

Selain itu, kita juga boleh melihat betapa Uhigh berusaha dengan baik pada hari ke-2 kategori solo itu sehingga daripada tangga yang agak corot sehingga boleh naik ke tangga top 10.

Kredit : Youtube PUBG Mobile Malaysia

Juga tidak dilupakan seorang lagi pemain Malaysia iaitu Rush yang akhirnya berjaya berada di top 20 pada masa terakhir perlawanan Kategori Solo PUBG Mobile di Sea Games 31.

This image has an empty alt attribute; its file name is 281640156_538598477689270_1566633038992038341_n-1024x1024.jpg
Kredit : Facebook PUBG Mobile Malaysia

Kesimpulannya, mereka sudah pun melakukan finishing yang terbaik pada peringkat tersebut, cuma mungkin rezeki tidak menyebelahi mereka. Perjuangan tetap harus diteruskan kerana fokus utama mereka akan beralih pada Kategori Skuad pula bermula hari ini hingga 22 Mei 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *