MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: 5 hero dengan win rate tertinggi setakat Minggu 4 Regular Season

atq_hyprgame
Kongsi

Minggu 4 Regular Season melihatkan beberapa hero yang merekodkan win rate tertinggi. Untuk kali ini, Hyprgame akan memilih hero dengan win rate tertinggi berdasarkan berapa kali hero itu dipilih (lebih dari 10). Kalau nak ikutkan ada beberapa hero dengan 100% win rate tetapi hanya 2-3 kali sahaja dipilih dalam draft. 

Agak sukar nak beri analisis tentang hero yang memiliki 100% win rate & pemilihan hanya 2-3 kali seperti Miya. Miya dibawa masuk sebanyak 3 kali sahaja. Kemasukan Miya memang beri impak yang besar dalam pasukan sehingga merekodkan 100% win rate setakat Minggu 4 Regular Season.  

Melihat dari statistik yang diberikan oleh Liquipedia, terdapat 85 permainan yang telah dimainkan setakat Minggu 4 Regular Season. Kami di Hyprgame akan senaraikan 5 hero yang memiliki win rate tertingi. Hero-hero ini juga telah muncul lebih daripada 10 kali dalam draft. 

Sumber: MPL Malaysia

Inilah 5 hero dengan win rate tertinggi 

Selena: 70% win rate

Merekodkan 68 kali di ban dari draft, Selena adalah hero Assassin/Mage yang perlu diberi perhatian. Ada sebab kenapa dia selalu menjadi hero Mid Lane yang sering di ban. Dengan kombinasi Abyssal Arrow & Primal Darkness, pemain yang menggunakan Selena akan kelihatan sangat ngeri.

Jika Abyssal Arrow tepat mengena sasarannya, lebih mudah untuk hero lain counter semula hero pihak lawan. Dengan adanya kelebihan yang Selena boleh bawa dalam permainan, dia kini antara hero yang sangat bahaya untuk dilepaskan.

Setakat Minggu Keempat Regular Season, Selena berjaya rekodkan 70% win rate selepas ianya dipilih sebanyak 10 kali dalam draft. 68 kali Selena di ban membuktikan hero ini boleh bawa bencana. Antara permainan Selena terbaik yang ada di MPL Malaysia S9 adalah ketika Izanami membawa masuk hero ini untuk berlawan dengan Todak.

Sumber: MOONTON

Franco: 66.67% win rate

Franco, hero Tank/Support yang juga menjadi perhatian pasukan MPL Malaysia S9 telah merekodkan pemilihan dalam draft sebanyak 15 kali. Selama 85 permainan dimainkan, Franco tidak dikenakan ban yang banyak dalam draft di mana dia hanya di ban sebanyak 9 kali. 

Hook yang ada pada Franco tidak boleh dipandang rendah. Antara pemain yang handal memakai hero ini di MPL Malaysia S9 setakat ini adalah ZaimSempoi & Mom. Kedua pemain ini berjaya menunjukkan permainan terbaik dalam membawa masuk Franco dalam draft.

Dengan hook yang ada pada Franco, memang sangat menjengkelkan. Dapat sahaja hero yang menjadi sasaran terutamanya hero core pihak lawan, Franco boleh keluarkan damage yang besar. Jadi, untuk comeback di dalam permainan tidak mustahil. 

Setakat Minggu Keempat Regular Season, Franco berjaya rekodkan 66.67% win rate selepas 15 kali dia dipilih dalam draft. Franco bukanlah hero OP yang harus diberi fokus untuk ban. Ada cara untuk counter Franco. Salah satunya adalah dengan menggunakan Purify. 

Sumber: MOONTON

Gloo: 63.16% win rate

Gloo bukanlah hero yang remeh kerana Skill yang dia ada, Grab, Grab memang sangat menjengkelkan. Gloo boleh melekatkan diri dia pada hero pihak lawan dengan timbunan Sticky. Jadi, ia akan memudahkan lagi hero lain untuk bantu Gloo dalam team fight. 

Dengan damage yang diberikan oleh Gloo, dia juga boleh masuk di dalam turret untuk melekat pada hero pihak lawan. Itu sudah menunjukkan betapa menjengkelkan Gloo dalam draft. Oleh itu, ada sebab kenapa Gloo di ban sebanyak 21 kali dalam draft. 

Ada sahaja hero yang boleh counter Gloo seperti Claude tetapi selalunya pasukan MPL Malaysia S9 akan beri fokus untuk ban sahaja hero ini supaya dia tidak dapat kacau keseluruhan strategi. Dengan adanya kelebihan pada seorang Gloo, mungkin selepas ini dia akan selalu dikenakan ban.

Setakat Minggu Keempat Regular Season, Gloo telah pun merekodkan 63.16% win rate selepas 19 kali dia dimasukkan ke dalam draft. Jurang perbezaan Gloo dipilih dan diban tidak besar. Tapi kalau ada peluang untuk ban Gloo, memang hero ini akan di ban. 

Sumber: MOONTON

Aulus: 61.90% win rate

Bukan sahaja di MPL Malaysia, tapi di MPL Indonesia juga Aulus menjadi hero yang sering dibawa masuk di dalam draft. Kita tahu kelebihan Aulus selepas capai sahaja Level 12, memang sukar untuk pihak lawan kekal berada dalam permainan. 

Aulus adalah hero Fighter yang memiliki damage & crowd control yang sangat baik. Setakat ini, antara pasukan yang tidak takut berhadapan dengan Aulus adalah Todak. Ketika perlawanan menentang RSG MY, Todak tidak langsung mengenakan ban terhadap Aulus menyebabkan RSG MY membawa masuk hero Fighter itu sepanjang 3 pusingan berlangsung. 

Kalau kita dah tengok power spike Aulus akan semakin besar capai sahaja Level 12, memang hero ini akan jadi fokus utama setiap pasukan untuk kenakan ban. Tetapi tidak buat Todak. Mereka cuba dapatkan permainan di fasa early game & melambatkan farming Aulus. 

Setakat Minggi Keempat Regular Season, Aulus berjaya rekodkan 61.90% win rate selepas dia dipilih sebanyak 21 kali di dalam draft. Bukanlah hero yang senang untuk counter, jadi, ban terhadap hero ini adalah satu-satunya cara untuk kurangkan burst damage. 

Sumber: MOONTON

Kadita: 60% win rate

Paling popular! Hero Mage/Assassin ini memang antara hero yang sering dilihatkan berada dalam draft. Untuk hero Mage, dikira bahawa Kadita ini antara yang popular. Dengan jumlah 21 kali dia di ban dalam draft, ada sebab kenapa Kadita selalu jadi perhatian untuk dipilih dan diban.

Kebanyakan pasukan akan menyusun strategi lain daripada yang lain apabila mereka membawa masuk Kadita. Antara strategi utama adalah ambush. Kita tahu Kadita adalah hero yang sangat baik kalau dalam team fight. 

Tetapi Kadita bukanlah hero solo. Dia perlukan hero pasukan dia untuk bina strategi supaya dia senang nak sasarkan hero pihak lawan. Ada yang menyatakan bahawa hero-hero healing seperti Estes adalah hero yang mudah untuk Kadita counter. 

Setakat Minggu Keempat Regular Season, Kadita merekodkan 60% win rate selepas dia dipilih sebanyak 20 kali dalam draft. Kalau dilihatkan, memang Kadita jadi hero kegemaran untuk pemain Mage terutamanya pasukan Red Esports. 

Sumber: MOONTON

Itu adalah 5 hero yang memiliki win rate tertinggi setakat Minggu Keempat Regular Season MPL Malaysia S9. Semua data tentang peratusan win rate, berapa kali pemilihan & ban diambil 100% dari Liquipedia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *