MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Setakat Minggu Keempat Regular Season, ada berapa hero yang dilihatkan sering kali di ban di dalam draft disebabkan oleh abiliti yang ada pada hero tersebut. Dari musim sebelum ini, memang ada 2 hero yang rasmi akan merekodkan ban tertinggi iaitu Lancelot & Selena.

Kita tahu Lancelot memiliki kelebihan untuk dapatkan snowball & power spike dari fasa early game lagi. Memang bahaya jika Lancelot sudah dapatkan power spike yang dia perlukan. Sama seperti Selena. Dia adalah hero Assassin/Mage yang sangat berkuasa. Damage yang dikeluarkan oleh Selena tidak boleh dinafikan lagi. 

Melihat dari statistik yang diberikan oleh Liquipedia, terdapat 85 permainan yang telah dimainkan setakat Minggu 4 Regular Season. Kami di Hyprgame akan senaraikan 5 hero yang sering di ban di dalam draft.

Sumber: MPL Malaysia

5 hero yang sering di pick di dalam draft 

1. Valentina: 78 kali, 95.12% 

Hero Mage MLBB, Valentina menjadi fokus utama setiap pasukan untuk mengenakan ban. Memang sukar dilihatkan Valentina berada dalam draft apabila dia selalu dikenakan first ban dalam draft. Hanya 4 kali dipilih dalam draft sepanjang 82 pusingan dimainkan, boleh tahu Valentina sangat berbahaya. 

Merekodkan 100% win rate, Valentina jadi salah satu hero yang banyak kali di ban tetapi bila dilepaskan, tiada yang boleh pecahkan win rate dia. Valentina telah di ban sebanyak 78 kali. Jumlah ban yang paling tinggi setakat Minggu Keempat Regular Season.

Memang sehingga playoffs, hero ini akan sentiasa jadi fokus utama. Jadi, dengan 78 kali dia di ban dari draft, tidak terkejut untuk lihat Valentina akan terus kekalkan win rate dia & peningkatan ban! 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

2. Fanny: 74 kali, 90.24%

5 kali dibawa masuk dalam permainan, Fanny telah pun dikenakan ban sebanyak 74 kali. Sebelum berlangsungnya MPL Malaysia S9, memang Fanny antara hero yang dijangka akan menjadi hero yang paling kerap di ban di regular season.

Memang semua Jungler ada bakat untuk bawa masuk Fanny dalam permainan. Bukan Jungler sahaja, kita juga pernah lihat roamer pasukan Todak, Yums memainkan Fanny. Walaupun tidak rekodkan penyingkiran yang banyak (kerana dia bukan core), Fanny boleh dibawa masuk untuk membeli masa hero pihak lawan. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

3. Selena: 68 kali, 82.93%

Hero Assassin/Mage ini bukanlah hero yang baru sahaja jadi perhatian. Memang kalau bermula sahaja musim MPL, Selena adalah hero yang sering dikenakan ban. Selalunya Selena akan di ban di ‘second ban’ atau ‘third ban’. 

Dengan Abyssal Arrow & Primal Darkness yang Selena ada, dia boleh stun & juga berkebolehan untuk perlahankan pergerakan pihak lawan. Tertangkap sahaja, memang Selena akan jadikan sasaran. Selena telah pun dikenakan ban sebanyak 68 kali. Agak tinggi! 

Hanya 10 kali sahaja dia dipiliha dalam draft, memang kalau boleh semua pasukan akan ban Selena lebih-lebih lagi untuk pemain yang handal memainkan Selena dengan sangat baik seperti Todak Moon & RSG Izanami. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

4. Lancelot: 56 kali, 68.29%

Hero Assassin yang boleh mendominasi fasa early game sehingga late game, memang bahaya biarkan Lancelot terlepas. Lancelot memang sering jadi hero yang di ban dalam draft disebabkan oleh kepantasan dia dalam mendapatkan hero pihak lawan. 

Dia boleh naikkan level dengan cepat & farming yang cukup akan buat Lancelot lebih berkuasa. Sebab itu Lancelot telah di ban sebanyak 56 kali. Kalau dia dilepaskan, Lancelot rekodkan 24 kali pemilihan dalam draft dengan win rate 54.17%. 

Nak kuasai Lancelot sangat mudah, cuma kalau pasukan lawan bawa masuk hero keras seperti Aulus, mungkin peratus untuk Lancelot menang sangat tipis. Walaupun Lancelot merupakan hero early sehingga late game, tetapi Aulus jika capai Level 12, memang sukar nak kawal.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

5. Popol & Kupa: 38 kali, 46.34%

Popol Kupa merupakan hero Marksman yang mampu keluarkan damage yang sangat besar. Dengan adanya Kupa, dia boleh bantu Popol dalam mendapatkan turret pasukan lawan. Walaupun 38 kali dia di ban, Popol Kupa juga berjaya rekodkan pemilihan sebanyak 25 kali.

Kita ada lihat beberapa pemain memainkan Popol Kupa dengan sangat baik terutamanya di Gold Lane. Kemasukan Popol Kupa dalam draft boleh jadi bahaya, tetapi ada cara untuk counter Marksman ini. Cuma, kalau boleh ban, memang ia akan di ban keluar. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *