MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Estes telah dibawa masuk ke dalam MPL Malaysia S9 sebanyak 2 kali & masih mengekalkan 100% win rate. Satu-satunya pasukan yang berjaya memainkan Ester dengan baik adalah Todak. Kita tahu kalau Todak bermain hero healing dalam draft mereka, memang sangat OP!.

Todak Yums antara pemain yang membuktikan bahawa hero Estes beliau sangat mengerikan. Estes adalah hero healing yang memiliki kuasa besar dalam melakukan healing. Kalau di Kejohanan Dunia M3, memang Estes akan diberi fokus untuk di ban keluar dari draft. 

Sumber: MOONTON

Walaupun dia hanya dikenali sebagai hero Support & memiliki kuasa healing yang sangat menjengkelkan, tetap, hero ini tidak boleh dipandang rendah sama sekali. Dengan adanya pasukan yang boleh memainkan Estes dengan baik, sukar untuk pecahkan win rate hero ini. 

Ada 3 hero yang boleh counter Estes dengan baik di dalam permainan. Antara 3 hero tersebut adalah Zilong, Kadita & Ling. Kita ada lihat ketika Todak membawa masuk Estes, pihak lawan ada menggunakan Ling & Kadita, counter Estes.

3 hero yang boleh counter Estes dengan baik

1. Ling 

Ling yang merupakan hero Assassin yang sangat pantas dalam memberi damage kepada pihak lawan. Pengguna Ling sememangnya perlukan skill mekanik yang tinggi untuk memainkan hero ini dengan baik. Pemain boleh gunakan item yang mampu berikan damage kepada Estes apabila team fight bermula.

Skill 1 Ling yang boleh memanjat dinding & diikuti dengan Skill 2. Kombo yang ada pada Ling dikatakan mampu untuk jatuhkan Estes dengan serta merta.

Sumber: MOONTON

2. Kadita

Kadita merupakan antara hero yang mempunyai imuniti yang baik, serangan yang mudah dilancarkan kerana dia mudah sasarkan pihak lawan. Hero ini juga boleh counter Estes, pastikan pemain menggunakan item Necklace of Durance terlebih dahulu!

Pemain juga boleh gunakan gabungan Skill Kadita yang boleh pergi ke arah pergerakan lawan kemudian menggunakan Ultimate untuk berikan Estesburst damage, dengan serangan ini ia boleh membuat Estes tewas serta-merta.

Tetapi melihat daripada perlawanan Red Esports & Todak, Kadita yang dimainkan oleh Red Esports tidak mampu jatuhkan Estes Yums. Walaupun Kadita dilihatkan boleh jadi counter untuk hero seperti Estes, tapi seorang Kadita tidak cukup untuk jatuhkan hero healer ini!

Sumber: MOONTON

3. Zilong

Zilong iaitu hero Fighter yang mudah menyasarkan hero-hero lain. Dengan Skill 2 yang ada pada Zilong, dia boleh sasarkan Estes & menyerangnya dengan mudah. Dengan penambahan item attack, lebih mudah untuk Zilong melawan Estes. 

Tapi, untuk mereka yang pakar memainkan Estes seperti Todak Yums, mungkin Estes bukanlah sasaran yang mudah. Walaupun Estes hanya seorang hero support, tetapi dia bukan sebarang support. 

Sumber: MOONTON

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *