MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Minggu Keempat Regular Season menampilkan lebih banyak pasukan yang mula mengekalkan konsistensi mereka untuk terus mendominasi kedudukan dalam kumpulan masing-masing. Minggu ke minggu kita dapat lihat gameplay terbaik yang ditunjukkan oleh semua pasukan.

Masuk sahaja di Minggu Keempat, semua pasukan tidak lagi mahu berada di tempat yang sama kerana misi setiap pasukan adalah untuk kekal berada di kedudukan terbaik sebelum Minggu Keenam Regular Season mengambil alih. Selepas Minggu Kelima, pasukan dari Kumpulan A & Kumpulan B akan berjumpa sesama mereka.

Kalau di Minggu Pertama, Zaed dari Red Esports berjaya dapatkan MVP keseluruhan. Di Minggu Kedua kita ada Irfan daripada pasukan HomeBois. Manakala, di Minggu Ketiga, Momo berjaya mendapatkan gelaran MVP dengan merekodkan jumlah KDA 21/5/19! Dan, di Minggu Keempat, kita ada Mom yang sangat menyerlah!

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

3 Permainan Terbaik di Minggu Keempat Regular Season 

Untuk kali ini, senarai 3 permainan terbaik adalah versi Hyprgame. Ada beberapa pasukan yang berjaya dapatkan permainan yang memukau di Minggu Keempat. Tetapi, 3 pasukan ini antara yang terbaik dengan gameplay yang mereka bawa! 

Todak 

Kemasukan Ciku bukan sahaja beri impak besar kepada pasukan Todak tetapi pasukan lawan. Seperti yang kita tahu, Ciku memiliki kelebihan dari segi drafting, strategi & hero. Beliau ada bermacam-macam strategi untuk pastikan Todak sentiasa jadi yang paling konsisten.

Dan, itu apa yang Ciku & Todak lakukan ketika berhadapan dengan pasukan RSG MY. Tidak dapat dinafikan komposisi pemain RSG MY tidak boleh dipandang rendah. Mereka ada pemain yang boleh bawa bermacam Jenis hero cuma untuk Kuza, hero pool beliau sedikit terhad kalau nak dibandingkan dengan Ciku. 

Todak berjaya menarik perlawanan sehingga ke pusingan ketiga iaitu pusingan penentuan selepas RSG MY mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama. Perlawanan kedua & perlawanan ketiga, posisi core pasukan Todak diambil alih oleh Ciku. 

Dengan adanya drafting yang baik, strategi permainan yang kemas & disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh Todak, mereka berjaya tewaskan RSG MY dengan 2-1. Comeback yang sentiasa menjadi lebih-lebih lagi apabila Ciku membawa masuk Roger dalam drafting beliau.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang Official

Red Esports

Kalau bercakap tentang pasukan yang konsisten, mereka adalah Red Esports. Memang kita dapat lihat kelainan yang dibawa oleh Red Esports pada musim ini. Dengan kekuatan pemain yang mereka miliki, mereka adalah pasukan yang mampu beri kejutan di peringkat playoffs nanti.

Diketuai oleh jurulatih Sora, draft dan strategi Red Esports dalam permainan kelihatan lebih kemas, lebih baik & lebih menonjol. Minggu Keempat adalah minggu terbaik Red Esports apabila mereka berjaya mendapatkan 2 kemenangan bersih menentang Geek Fam & RSG MY. 

2 kemenangan bersih (4 mata) yang mereka miliki berjaya melonjakkan lagi kedudukan mereka di tempat pertama dalam Kumpulan B. Kalau dilihatkan dari gameplay Red Esports sendiri, mereka tahu menggunakan hero dengan baik (bermain dengan basic attack hero itu). 

Satu lagi perkara yang buatkan Red Esports yakin adalah apabila mereka sering kali membawa masuk hero comfort, hero yang sering digunakan oleh mereka seperti Kadita. Dengan pembawaan hero comfort, ada 2 sahaja kemungkinan; menang atau kalah. Tapi, Red Esports buktikan sebaliknya!

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang Official

Suhaz Esports

Kemasukan Zedd dalam roster Suhaz Esports sebagai Gold Laner mereka memang berikan Kesan & impak yang sangat positif. Kita boleh lihat Suhaz dapat sinar baru apabila mereka berjaya tewaskan MAB Esports & memecahkan 100% win rate HomeBois. 

Sebelum ini, Suhaz kelihatan kurang yakin dengan permainan yang mereka tunjukkan walaupun mereka ada memenangi perlawanan. Gameplay Suhaz agak pasif tetapi selepas Zedd masuk ke dalam roster, kita boleh nampak kelainan yang dibawakan oleh Suhaz.

Perubahan yang ada pada line up Suhaz ini membenarkan mereka menaikkan lagi mata mereka di dalam Kumpulan A. Tidak kira sama ada menang bersih atau 2-1, mata kemenangan sangat penting untuk pastikan Suhaz dapat menduduki uppr bracket playoffs.

Buat masa kini, Suhaz berjaya menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A di mana Minggu Kelima merupakan minggu terakhir untuk terus kejar kedudukan. Masuk sahaja di Minggu Keenam, permainan akan lebih mencabar apabila mereka berjumpa dengan pasukan di dalam Kumpulan B. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang Official

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *