MEMUAT

Taip untuk mencari

31st SEA Games: MESF sasar Malaysia bawa pulang 4 pingat e-sukan

atq_hyprgame
Kongsi

31st SEA Games akan berlangsung di Hanoi Vietnam pada tahun ni. SEA Games sekali lagi akan memasukkan e-sukan sebagai salah satu acara berpingat. Terdapat 10 tajuk e-sukan yang akan dibawakan di 31st SEA Games di mana Malaysia akan mengambil bahagian dalam 9 daripada 10 tajuk e-sukan yang dipertandingkan.

Pemilihan akan dijalankan oleh Malaysia Esports Federation (MESF) untuk mencari calon yang terbaik mewakili negara pada kejohanan akan datang. Crossfire juga menjadi salah satu e-sukan yang dipertandingkan tetapi Malaysia tidak akan membawa wakil dalam e-sukan tersebut.

Sumber: MESF

Berikut adalah 9 tajuk e-sukan yang Malaysia akan sertai adalah: 

  • Mobile Legends: Bang Bang 
  • PUBG Mobile (Solo)
  • PUBG Mobile (Skuad)
  • League of Legends: Wild Rift (Lelaki)
  • League of Legends: Wild Rift (Wanita)
  • Garena Free Fire
  • FIFA Online 4
  • League of Legends
  • Arena of Valor

Bagi pemilihan calon yang sesuai untuk mewakili Malaysia di 31st SEA Games, terdapat 2 jenis pemilihan iaitu melalui kelayakan tertutup & kelayakan terbuka. Untuk PUBG Mobile (Skuad), MLBB & Free Fire, kelayakan tertutup (hanya untuk pasukan jemputan sahaja) akan dinilai melalui: 

  • PUBG Mobile: PMPL MYSGPH S5
  • MLBB: MPL Malaysia S9
  • Garena Free Fire: MCP Majors S3

Manakala untuk kelayakan terbuka pula, ia akan membawa 6 kategori e-sukan yang lain untuk melalui proses penilaian seperti:

  • PUBG Mobile (Solo) 
  • League of Legends: Wild Rift (Lelaki)
  • League of Legends: Wild Rift (Wanita)
  • FIFA Online 4
  • League of Legends
  • Arena of Valor

Seperti yang sedia tahu, penilaian ini dibuat berdasarkan prestasi di kejohanan yang akan datang seperti MPL Malaysia S9 & PMPL MYSGPH S5. Semua penilaian bagi kelayakan tertutup akan dibuat melalui kejohanan semasa. Untuk kelayakan terbuka, mungkin akan ada kejohanan yang disediakan.

Selepas pemilihan selesai, pemain negara akan menjalani bootcamp selama 2 bulan di Casa Bukit Jalil & EBN Esports Arena di Quill City Mall, Kuala Lumpur bermula pada 14 Mac. 31st SEA Games akan Bermula pada 12 Mei sehingga 23 Mei 2022.

Sumber: MESF
Sumber: 31st SEA Games

MESF menyasarkan pasukan Malaysia untuk memenangi sekurang-kurangnya 4 pingat. Antara nama e-sukan yang MESF sasar jadi permainan berpotensi memenangi pingat e-sukan tersebut adalah Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile (Skuad), FIFA Online 4 & Arena Of Valor sebagai permainan berpotensi memenangi pingat.

“Penyertaan e-sukan di Sukan SEA untuk tahun kedua berturut-turut menunjukkan sukan ini dipandang serius di seluruh dunia. MESF akan terus mengembangkan ekosistem esport negara,” kata presiden MESF Dato’ Ananth S. Nathan semasa sidang media pada 11 Februari yang lalu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *