MEMUAT

Taip untuk mencari

Ingatkan ‘Joki’ rupanya ‘Coaching’

Kongsi

Semalam, pihak Moonton telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan siasatan rasmi yang dilakukan terhadap pasukan Mikey selepas mereka didakwa menggunakan khidmat joki dan perkara itu telah di bangkitkan oleh Abang Lord selaku CEO MAB Esport.

Perkara itu telah diumumkan melalui Facebook dan juga Instagram milik MPL Malaysia. Pasukan Mikey telah didapati bersalah kerana telah menggunakan khidmat jurulatih semasa perlawanan dijalankan. 

Sumber: MPL MALAYSIA
Sumber: MPL MALAYSIA

Menurut kenyataan yang diberikan oleh pihak MPL Malaysia, pasukan Mikey menggunakan khidmat jurulatih dari salah seorang pemain daripada pasukan Homebois pada 15 Januari 2022 semasa perlawanan Mikey antara MAB Esport dijalankan.

Manakala pada 8 Februari 2022, pihak liga MPL MY telah menerima bukti lanjut berkenaan perlawanan yang tidak adil semasa sesi qualifier Musim ke-9. Selepas mendapat bukti yang lebih kuat, pihak Moonton dan MPL telah membuat siasatan yang lebih lanjut.

Pasukan Mikey dan seorang pemain pasukan Homebois telah dihukum mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Moonton iaitu 12.1.1.1 dan 12.1.1.2.

12.1.1.1 : Perlawanan Tidak Adil (Pakatan Sulit) – Pakatan Sulit ditakrifkan sebagai sebarang persetujuan antara dua(2) atau lebih Pemain, Ketua Jurulatih dan/atau konfederasi untuk merugikan Pemain Pihak Lawan.

12.1.1.2 : Integriti Kompetitif. Para Pasukan adalah dijangka untuk bermain pada tahap yang tertinggi pada setiap masa dalam mana-mana perlawan MPL, dan untuk mengelakkan sebarang tingkah laku yang tidak selaras dengan prinsip semangat kesukanan, kejujuran atau permainan adil. Demi kejelasan, komposisi pasukan dan fasa pick/ban tidak akan dipertimbangkan sama ada peraturan ini telah dilanggar.

Pasukan dan pemain yang telah dihukum :

 

Sumber: MPL MALAYSIA
Sumber: MPL MALAYSIA

Perkara ini sekaligus mempengaruhi slot MPL Musim ke 9 yang diperolehi oleh pasukan Mikey dan diberikan kepada pasukan Axis. Satu perlawanan akan diadakan sekali lagi antara pasukan MAB Esport menentang pasukan Lemah pada 13 Februari 2022 untuk merebut slot berkenaan. 

Pihak Moonton memandang serius berkenaan intergriti dan profesionalisme bagi memartabatkan semangat kesukanan yang tinggi dan sekaligus menaikkan ekosistem e-sukan Malaysia. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *